ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
47.7% Rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas mengalami masalah berat badan berlebihan yang merisikokan mereka mendapat penyakit peyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit kencing manis. - Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015. Sebagai induvidu yang pernah obesiti dengan berat 135kg dan tinggi 170cm saya memang telah di disahkan oleh doctor menghidapi penyakit tekanan darah tinggi. Tapi Sebagai pemuda yang berasa sihat, saya selalu tidak percaya fakta yang saya ada masalah itu, bagi saya, saya hanya stress ditempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja. Selama beberapa tahun saya abaikan nasihat doctor untuk ambil ubat darah tinggi Penyakit darah tinggi digelar pembunuh senyap kerana kerosakan yang berlaku kepada organ tubuh berlaku secara perlahan dan senyap, penghidap penyakit ini tidak merasa apa apa kesakitan sehinggalah tiba satu masa organ seperti buah pinggang gagal berfungsi. Mujurlah saya tidak sampai ketahap itu lagi. Tapi aban...