ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
30 tahun sebagai individu yang obesiti rasanya melayakan saya dipanggil pakar. Saya obesiti dari tadika lagi. Saya masih ingat antara kawan kawan saya di tadika peramu Pahang, sayalah yang paling besar. Kemarin saya berborak dengan seorang kawan, dia antara kawan yang kenal saya dengan penampilan baru yang tidak obesiti. Dia kawan baru. Dia tidak tahu pasal kejayaan saya menurunkan berat badan. Duk berborak keluar satu tajuk berkaitan obesiti. Dia mula kongsikan cerita dia bersama seorang sahabat yang obesiti. Satu persatu cerita berkaitan bagaimana cabaran seorang yang bertubuh besar. Dia ceritakan kesukaran dia kalau tidur sebilik dengan sahabat dia, mana tidaknya. Berdengkur kuat. Sampai ada satu tahap dia kena keluar bilik dan kebilik lain. Saya mengangguk tanda setuju kerana saya tahu, saya pun begitu. Saya selalu tanya wife tentang tidur saya, memang dia iyakan yang saya kuat berdengkur. Mujurnya isteri saya penyabar dan tetap tidur disebelah walaupun saya...