ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
OBESITI DAN DENGKUR, KOMBINASI YANG MUNGKIN MEMBAWA MAUT. Post kali ini ditujukan kepada pasangan individu yang obesiti terutamanya. Untuk mereka yang obesiti juga bagus untuk menelaah isu ini dan mengambil tindakan. Jika pasangan kalian obesiti dan berdengkur dengan kuat. Wajib periksa tidur meraka! Mereka mungkin ada masalah besar yang boleh membawa maut dalam tidur. Jika pasangan kalian ada masalah masalah diatas, saya sarankan kalian periksa tidur meraka untuk malam ini. Ini kerana mereka mungkin menghidapi masalah Obstructive Sleep Apnea atau OSA Apa itu OSA? - OSA adalah masalah tidur dimana induvidu yang menghidapinya akan berhenti bernafas ataupun bernafas dengan kadar yang sedikit ketika tidur. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan Angin ahmar. - Kebiasaanya mereka yang menghidapi OSA tidak mengetahui status mereka, kerana masalah mereka berlaku dalam tidur yang mereka tidak perasan...