Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

3 KESILAPAN DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN DAN SOLUSINYA


3 KESILAPAN DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN DAN SOLUSINYA


Setiap masa ramai yang berazam untuk turunkan berat badan. Mereka percaya jika mereka lakukan beberapa perkara akan menyebabkan mereka turun berat badan, tapi ramai sebenarnya tersilap langah dalam hal ini.

Saya kompilasikan kesilapan kesilapan yang saya telah buat dalam usaha saya turunkan berat badan selama ini yang menemui jalan buntu atau kegagalan.


KESILAPAN PERTAMA . BERSENAM UNTUK KURUS
- Ini kesilapan saya berkali kali sejak zaman sekolah lagi, bila datang keinsafan untuk turunkan berat badan, saya mula fikir saya kena bersenam. Bersenam sebenarnya tidaklah salah, cuma pendekatannya tersangatlah salah. Bersenam amat bagus untuk penurunan berat badan, menggunakan kalori sebelum ia tersimpan jadi lemak, malah ianya sangat bagus kepada kesihatan tubuh. Cuma Mulakan bersenam sebagai tindakan pertama adalah silap,
kebiasaannya kita yang tidak biasa bersenam akan memberi beban yang tinggi pada diri dan sekaligus akan mempercepatkan kita berputus asa untuk menurunkan berat badan. Pernah tak terjadi dengan semangat berkobar kobar nak turunkan berat badan dan kita pergi jogging, esoknya tubuh kita sakit sakit dan akhirnya kita dah tak pergi lagi untuk jogging pada hari hari selepas itu? malah lebih sedih hasrat nak turunkan berat badan pun hilang.

SOLUSINYA - Mulakan proses penurunan berat badan kalian dengan mengawal dan mengubah pemakanan harian kalian. Cara ini lebih baik dan mudah berbanding bersenam.

KESILAPAN KEDUA. NAK PERUBAHAN BERLAKU DENGAN CEPAT
- Bila kita melakukan usaha pertama dengan betul, yakni tukar cara dan gaya pemakanan, kesilapan kedua mula terbentuk dengan automatik. Kita menjangka berat badan akan turun mengikut kemahuan dan jangkaan kita. Ini kesilapan paling besar dilakukan oleh mereka yang nak turunkan berat badan. Hal ini berlaku kerana ketidak fahaman seseorang berkaitan penurunan berat badan.
Bila kita menjangka dan jangkaan kita salah, mulalah kita hilang semangat dan putus asa. Kita rasakan proses itu susah dan rumit, sedangkan kita yang kurang sabar kerana tiada pengetahuan asas tentang bagaimana proses tubuh berfungsi untuk menurunkan berat badan.

SOLISINYA - Bersabar dan belajarlah bagaimana penurunan berat badan berlaku. Proses ini ada formula saintifik yang terbukti malah digunapakai oleh seluruh dunia. Permulaan, Belajarlah tentang pengambilan kalori dan defisit kalori.

KESILAPAN KETIGA. MATLAMAT
- Banyak sebab kenapa seseorang tu ingin turunkan berat badannya, apa pun matlamatnya sebenarnya tak salah, nak dapat kerja, nak kahwin, nak dapat awek dan pakwe, atau apapun matlamatnya tidak salah. Cuma matlamat matlamat ini terdorong untuk kekal dengan jangka masa pendek.
Sebagai contoh saya sendiri, pernah capai berat 87kg semasa nak kahwin, alhamdulillah penurunan sebanyak 13kg berlaku, tapi akhirnya selepas kawhin tubuh naik sehingga 135kg. Faham tak maksud saya? Bila matlamat utama dah tercapai, kita terus selesa dan kembali dengan norma lama.

SOLUSINYA - Buat matlamat utama kalian adalah untuk sihat. Ramai antara kita susah nak dapat matlamat ini, saya dapat matlamat ini dengan kehilangan 3 dari rakan saya yang meninggal dunia kerana masalah yang disebabkan obesiti.
Saya mula fikirkan jika saya senasib dengan mereka maka saya juga akan tinggalkan orang yang saya sayang. Anak anak yang masih kecil, isteri yang perlu menyara keluarga seorangan, membuatkan saya sedar, saya kena sihat untuk mereka. Masa inilah, dengan matlamat inilah saya lakukan perubahan hilang 65kg berat badan saya dan saya keluar dari masalah tekanan darah tinggi saya. Tukar matlamat kalian!

3 Kesilapan dan solusi ini adalah asas terpenting bagi pengalaman saya. Saya harap kalian yang membaca dapat mengatasi kesilapan ini dan mampu keluar dari masalah obesiti kalian dengan jayanya.

Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu ibu di Malaysia terutama Mak saya, Ibu Mertua saya dan Isteri tersayang.



3 KESILAPAN DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN DAN SOLUSINYA

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7