ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
MACAMANA NAK KECILKAN BETIS, PEHA DAN PUNGGUNG. Masa saya besar, 2 benda yang saya tak berapa suka tengok ialah peha dan betis saya. Besar ya amat. Bukan saja besar, malah keras! Sebab betis dan pehalah saya rasa yang saya akan obesiti sampai ke tua. Berbalik pada soalan, bagaimana kecilkan betis, peha dan punggung. Sebenarnya saya tak ada jawapan khusus bagi soalan khusus ni. Sebab saya tak ada pun buat senaman khas utk kecilkan bahagian yang dinyatakan tu. Tapi apa yang saya perasan, sekarang dia dah kecil berbanding dulu. Kecil benar dan amat kecil daripada dulu. Jadi jawapan saya, ubah cara pemakanan sekarang yang melampaui batas. ini asas paling penting. Disamping itu lakukan senaman berjogging, bermain badminton dan berjalan (itu yang saya buat utk turun 65kg) Kalau kalian nak buat senaman khusus untuk peha dan punggung seperti squat, amat bagus. Tapi menjaga pemakanan dan berjalan pun dah memadai. Kalau buat squat lebih efisyen barang kali, disamping...