Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel disiplin

SAHABAT

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...

MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR

  BIASA MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR Terimbau satu peristiwa Masa tu umur saya kemungkinan besar dalam 23 tahun, sebab masa tu saya masih berniaga burger. Malam tu hari selasa malam rabu. Menjadi rutin masa tu ke masjid assalam pengkalan Chepa utk mendengar kuliah dr seorang ustaz,namanya ingat ingat lupa, tp ingat pengajian kitab Penawar bagi Hati pengarangnya Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili. Selepas kuliah saya lepak di kedai minum untuk berborak. Malam tu minum sekali dengan seorang pak cik yang baru dikenali pada malam tu. Pak cik tu umur dalam 50an. Rancak berbual dalam sesi pengenalan tiba tiba pakcik tu tanya umur saya. Kawan kawan lain menyampuk dan suruh pak cik tu teka umur saya. Setelah beberapa kali tekaan pak cik tu akhirnya memohon maaf. Tekaan pertama dia adalah 38tahun! Kawan kawan semua ketawa dan pakcik tu kelihatan kepelikan. Akhir sekali pakcik tu mengalah. Saya bagitahu umur sebenar, dia terkejut besar. Mana tidaknya, ...

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan Motivasi VS Disiplin Alarm dah berbunyi jam 5 pagi, sayup kedengaran lagu Believer dari Imagine Dragon yang saya set dalam telifon saya sebagai alarm. Perasaan masa tu alangkah baiknya kalau saya teruskan tidur dan biarkan saja AKUJANJI itu berlalu. Nikmatnya tidur dengan suasana dini hari yang sejuk dan menyelesakan. Inilah yang berlaku hampir setiap hari dalam kehidupan saya, malah saya percaya kesemua manusia dan kalian sendiri hadapi hal begini setiap pagi. Ianya tak habis disitu, bilamana kita berjaya melawan perasaan untuk teruskan tidur mulalah episod episod lain seperti nak tengok phone dulu, malas rasanya nak work out dan ianya berterusan setiap saat dan setiap hela nafas. Setiap manusia akan lalui hal ini, walaupun seseorang itu punya motivasi diri yang tinggi. Kerana Motivasi adalah keinginan yang tinggi terhadap sesuatu impian, tapi disiplinlah alat perang yang utama untuk mencapainya. Sebab itu dalam artikel kali ini saya ...

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama