ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
KENAPA SESEORANG ITU GEMUK? Jom kita faham kenapa tubuh kita boleh membesar dan menjadi gemuk. Kalau kes saya boleh mencecah sehingga 135kg. Kalau saiz baju dah 5xl. Kegemukan dikait rapat dengan gaya hidup seseorang. Gaya hidup yang diamalkan selama bertahun lamanya akan membentuk tubuh seseorang. Semestinya gaya hidup yang tidak bagus akan menjadi seseorang itu gemuk. Gaya hidup yang membawa kepada kegemukan selalu dikaitkan dengan 2 perkara. Pemakanan dan aktiviti. 2 faktor ini adalah punca utama seseorang menjadi gemuk. Tapi sebenarnya ada beberapa punca lain yang boleh membuat seseorang itu gemuk, antaranya penyakit. Kes ini saya akan terangkan di lain artikel. Hari ni kita bincangkan berkaitan 2 punca dahulu. Pemakanan dan aktiviti. 1 benda yang perlu difahami disini adalah kedua dua punca ini ada satu kaitan yang sama yakni kalori. Apa itu Kalori? - Kalori hanya boleh diambil melalui pemakanan - kalori hanya dapat dikeluarkan (dibakar) melalui aktiviti. - Kalori a...