ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Metabolisma, pentingkah untuk menurunkan berat badan. Sebelum saya terangkan isu ini saya nak maklumkan terus, artikel ini akan ditulis dengan bahasa mudah tanpa penjelasan sains yang rumit untuk difahami. Jika kalian nak penjelasan yang ada kajian sains yang berbelit belit sila cari di carian google. Penjelasan saya ini adalah untuk orang yang biasa biasa dan mereka yang benar benar mahu turunkan berat badan. Seringkali kita dengar ayat ini jika kita ingin menurunkan berat badan, boleh dikatakan kesemua guru dalam bidang penurunan berat badan akan sentuh bab ini. Ini menjadikan isu metabolisma ialah salah satu isu yang penting dalam usaha seseorang untuk menurunkan berat badan. Apa sebenarnya Metabolisma ini? saya terangkan cara mudah faham ya.Lebih tinggi kadar Metabolisma anda akan lebih banyak kalori yang dibakar, jadi kadar metabolisma yang tinggi akan membantu proses penurunan berat badan. Apa yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang? Kenapa ada yang tinggi dan ada yang ...