ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Senaman apa yang terbaik untuk kurus dengan cepat?
Percaya atau tidak gambar diatas adalah gambar perbezaan saya hanya dalam masa dua bulan. Boleh lihat berapa banyak berbezaan lemak yang hilang dan gambar kanan sudah kurus. Apa yang saya buat? saya huraikan dalam satu sudut sahaja senaman.
Saya perlu bagitahu, bukan senaman sahaja yang menyebabkan penurunan yang banyak berlaku. Ia gabungan banyak perkara lain seperti penjagaan makan, rutin harian yang lain, penjagaan tidur dan pengambilan suplimen.
Pasti ramai yang ingin tahukan, Mengikut carian melalui katakunci digoogle, carian kurus dengan cepat paling banyak di cari setiap hari di Malaysia.
Jadi hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri. Ianya hanya berdasarkan pengalaman saya semata. Gambar yang saya berikan diatas berbaju biru adalah bukti senaman yang saya buat selama 2 bulan menggurangkan sebanyak 20kg berat saya.
Dalam fasa saya turunkan berat badan, tempoh dua bulan ni saya tak sedar langsung tubuh saya mengecil sebegitu rupa. Apa senaman yang saya buat?
Saya amalkan HIIT (high-intensity interval training). Apap itu HIIT nanti saya akan terangkan di video yang akan datang, hari ni saya nak kongsikan sahaja dulu bagaimana saya buat salama 2 bulan yang saya percaya kaedah tercepat untuk kuruskan badan.
Tengok saranan saya berkenaan tips elak naik badan di hari raya
Dapatkan Resistance band yang saya guna di sini
Tukul besar
DAPATKAN SECARA PERCUMA
EBOOK KISAH PENGALAMAN BAGAIMANA SAYA
BERJAYA TURUN DARI 135KG KE 70KG


Ulasan
Catat Ulasan