ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Ramai yang bertanyakan soalan bagaimana mereka nak berworkout sedangkan sibuk dengan kerja dan komitmen lain. Memang mereka nak bersenam tapi kekangan masa menyebabkan ramai diantara kita tak mampu untuk melakukan aktiviti bersenam. Dan ramai yang asbabkan hal itu penyebab berat mereka semakin naik. Aktiviti bersenam adalah sesuatu yang baik dan digalakan. Kalau anda boleh buat, disarankan minima 3kali seminggu. Ini adalah untuk kesihatan jantung dan tubuh badan secara amnya. Jika anda orang yang sibuk dan tiada masa, mungkin jenis workout seperti berikut amat sesuai. - lompat tali atau skipping, ianya amat mudah boleh dilakukan didalam rumah dan tidak memerlukan masa yang lama. 10minit dari masa anda seharian amatlah bagus untuk kesihatan anda. - Tabata, rutin aktiviti ringkas seperti lompat bintang, plank, squat, lari setempat, lompat setempat dan banyak lagi rutin yang hanya mampu dibuat dalam bilik tidur anda. Ambik masa 10minit sehari utk tabata sangat bagus utk k...