ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
TAKUT NAK DIET! TAKUT NAK BERSENAM. TAKUT NAK USAHA TURUNKAN BERAT BADAN? Adakah kalian macam ni? Takut nak berubah? Jangan terkejut, ramai sebenarnya beranggapan macam ni. Saya pun pernah punya mentaliti begini. Mana taknya, bila kita beri komitmen untuk berusaha kita rasa banyak yang akan kita hilang. Itulah perasaan semasa berfikir nak usaha turunkan berat badan. Antara takut yang menghantui kita ialah :- Takut nak tinggalkan minuman manis kegemaran kita. Takut kita dah tak boleh makan nasi dan lauk kegemaran. Takut kita tak boleh nikmati kuih muih setiap pagi yang kita suka. Takut nak ke taman atau gym untuk berjoging, sebab nanti ada orang perati atau jeling mata. Takut nak bersenam depan rumah pun, sebab nanti jiran kita tengok, malu katanya. Takut lepas bersenam tubuh akan sakit sakit. Tapi sedar atau tidak apa yang kita takut itu adalah hal kecil dan ia berlaku kerana kita tidak berfikir dengan jelas dan tepat. Ap...