ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
5 TIPS MAKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN BAGI MEREKA YANG BARU NAK BERMULA. Perkongsian pengalaman bagaimana saya amalkan 5 tips makan yang membolehkan saya hilang 65kg. ianya tidaklah teknikal dengan perkiraan kalori atau bab-bab saintifik. INSYAALLAH , ianya mudah ditiru oleh mereka yang baru nak mula usaha turunkan berat badan. Penurunan berat badan banyak bergantung kepada apa yang kita makan dan bukan sepertimana kepercayaan karut bersenamlah yang menyebabkan berat badan turun. Jadi cuba faham dan amalkan tips yang saya berikan dibawah. 1. Makan seperti biasa tapi jangan bertambah. - kalau selama ni kalian makan nasi yang banyak, lauk seketul dan tiada sayur, makan macam tu juga untuk fasa ni, cuma jangan bertambah. Cukup makan sepinggan sahaja. 2. Jika kalian jenis makan tak bertambah, cuba kurangkan sesenduk nasi dulu. Jangan drastik terus tak makan nasi. 3. Makan Secara Perlahan-lahan. - Ini dapat memastikan kalian cepa...