ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
5 TIPS MAKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN BAGI MEREKA YANG BARU NAK BERMULA.
Perkongsian pengalaman bagaimana saya amalkan 5 tips makan yang membolehkan saya hilang 65kg. ianya tidaklah teknikal dengan perkiraan kalori atau bab-bab saintifik.
INSYAALLAH , ianya mudah ditiru oleh mereka yang baru nak mula usaha turunkan berat badan.
Penurunan berat badan banyak bergantung kepada apa yang kita makan dan bukan sepertimana kepercayaan karut bersenamlah yang menyebabkan berat badan turun.
Jadi cuba faham dan amalkan tips yang saya berikan dibawah.
1. Makan seperti biasa tapi jangan bertambah.
- kalau selama ni kalian makan nasi yang banyak, lauk seketul dan tiada sayur, makan macam tu juga untuk fasa ni, cuma jangan bertambah. Cukup makan sepinggan sahaja.
2. Jika kalian jenis makan tak bertambah, cuba kurangkan sesenduk nasi dulu. Jangan drastik terus tak makan nasi.
3. Makan Secara Perlahan-lahan.
- Ini dapat memastikan kalian cepat kenyang. Cuba cek jangka masa makan sepinggan anda sekarang. Kalau makan burger tak sampai 5 minit habis.
4. Kurangkan Karbohidrat dan makanan terproses.
- perlahan lahan kurangkan pengambilan karbohidrat, seperti nasi, roti, mee dan lain lain. Kurangkan, bukan berhenti.
- makanan terproses juga kurangkan, perasa, kicap, sos, nugget, sosej dan lain lain. Lebihkan makan makanan dari sumber semula jadi..
5. Amalkan Pinggan Sihat Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (Suku Suku Separuh)
Ya ianya satu amalan mudah dan nampak simple jea. Tapi percayalah kalau buat impaknya sangat besar. Buat tips ini dulu untuk step pertama usaha penurunan berat badan kalian.
Jika 5 tips ini berjaya dilaksanakan, insyaallah step seterusnya akan jadi lebih mudah.
Saya jemput kalian untuk sertai saya dalam Circle Saya. Dimana saya bimbing kalian selama minima 1 tahun bersama 300 induvidu yang punya matlamat yang sama.
Antara salah seorang peserta Misi Ubah Yang Berjaya.
Untuk mengetahui details program ini sila ke - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
Ulasan
Catat Ulasan