ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Tak Boleh Dinafikan Turunkan Berat Badan Adalah Impian Besar Mereka Yang Gemuk. Siapa pun anda, masih bersekolah atau dah berkerja dan berumah tangga. Bila gemuk anda berhajat nak turunkan berat badan. Buktinya? anda setiap tahun akan mengulang azam untuk turunkan berat badan di awal tahun. Malah setiap kali nak raya pun anda percaya boleh turunkan berat badan sedikit semasa berpuasa. Malah ada yang lebih advance dari itu. Berhabis duit mencari solusi masalah gemuk. Beli suplemen mahal, alatan sukan seperti treadmill dan lebih parah habis duit membeli ubat kurus yang viral. Jika kalian terasa dengan ayat ayat diatas saya harap kalian luangkan masa membaca artikal ringkas yang padat ini. Saya janji ianya adalah kitab rujukan terbaik untuk kalian yang baru nak mula dan insyaALLAH memberi impak kepada usaha kalian selepas ini. Sebelum itu saya nak cerita ringkas siapa saya. Kenapa kalian kena faham perkongsian saya ni. Jangan risau, saya akan ringkaskan. Saya, Moham...