Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

TANDA ANDA AKAN GAGAL DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN.

TANDA ANDA AKAN GAGAL DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN.


Saya nak kongsi satu dapatan saya dalam pengalaman saya sendiri turunkan berat badan dan membimbing beratus individu yang ada niat yang sama. Saya sedar ada satu pattern orang yang berjaya dan juga gagal dalam usaha mereka nak turunkan berat badan. 

Sebelum tu saya nak maklumkan dahulu, posting ini di tuju kepada kalian yang nak turunkan berat badan tapi masih belum faham mentaliti yang betul. 

Ada beberapa tanda sebenarnya, tapi hari ini saya nak bincang satu dahulu. Yang paling besar impak kegagalannya jika ada dalam diri kalian. Jom semak sama sama dan kita cuba baiki sama sama. 

MERUNGUT! 

Perbezaan orang yang berjaya dan tidak nombor satu ialah merunggut. 

Dalam proses penurunan berat badan hakikat yang perlu diterima secara total ialah kita perlu buat sesuatu yang kita tak suka BUAT. 

Ini asas perubahan kearah kebaikan. Bukan saja nak kurus, nak berjaya dalam kehidupan pun sama. Kita kena buat perkara yang susah. 

Perlu banyak pengorbanan kepada sesuatu yang secara natural manusia suka buat. Inilah hakikat sesuatu yang baik. Namakan satu kejayaan yang MUDAH jika kalian tahu. Yang tak memerlukan usaha dan pengorbanan? 

Bila seseorang yang tengah berusaha merungut sebenarnya dia sedang berfantasi, dia tidak menerima kenyataan atau realiti kehidupan. Dia sedang berada dalam alam khayalan yang mendambakan semuanya datang dengan mudah dan sekelip mata. 

Sebab itulah merunggut adalah sesuatu yang amat buruk untuk usaha kalian. Sekali kalian merungut, kalian membenarkan mentaliti kalian diganggu oleh sesuatu yang remeh. Walaupun ianya remeh, tapi impaknya bakal membuatkan rantaian kegagalan bermula. 

Jadi berhentilah merunggut, mereka yang menghampiri kejayaan dan dah dah berjaya tidak merungut. 

Tips bagi mengatasi rasa merungut adalah dengan menerima kenyataan atau hakikat sebenar proses untuk berjaya. Baca kisah kejayaan dari kisah sebenar, follow mereka yang positif dan trust the proses.

4 tips untuk mengatasi masalah merungut.

1. Follow mereka yang dah berjaya, baca atau tengok cerita inspirasi tentang usaha sesorang untuk berjaya.

2. Berfikiran rasional dan berpijak dibumi yang nyata. Faham, sesuatu yang baik itu susah tapi amat berbaloi.

3. Trust The Proses atau Ikhlas. Ramai merungut sebab mereka rasa mereka dah buat tapi resultnya tak seperti yang dijangka. Jadi tolonglah, percaya kepada satu keadaan dimana kita hanya berhak keatas apa yang kita usaha dan korbankan. 

4. Memiliki Mentaliti yang betul. Ini antara core kejayaan. Memahami strategi menyusun kepercayaan dalam berusaha amat penting, kerana dengan mempunyai kesedaran yang tinggi, dan mentaliti yang kuat, kalian akan dapat harungi segala masalah yang datang.

Jangan terperangkap dengan MERUNGUT. Kerana ia akan menyebabkan kalian kembali ke tabiat lama yang akan membesarkan kalian. 

Jika kalian nak lakukan usaha untuk turunkan berat badan, lakukan sekarang tanpa tangguh lagi. Bukannya hari ni perlu turun 5kg. Set minda kalian untuk hanya turun 2-4kg sebulan pun dah sangat berbaloi.

Cuba bayangkan...

Pilih salah satu jadual diatas, dan tolak berat badan kalian. 8 bulan lagi sehari sebelum raya, berapa berat kalian kalau tolak dengan angka angka diatas?

Tak tahu nak mula dan nak buat macamana. Saya syorkan kalian sertai saya dan team dalam Misi Ubah. Satu program bimbingan saya untuk mereka yang nak konsisten dalam usaha mereka.

Detail Program boleh baca lanjut di - Misi Ubah

Jom jadi seperti mereka yang dah berjaya dalam Misi Ubah seperti


Puan Zalila mulakan usaha turunkan berat badan dengan menyertai misi raya. Dalam masa 6 bulan turun 28kg. 


Dan sekarang pada bulan ke 11 puan Zalila menyertai Misi Ubah, beliau dah hilang 31kg. Osem kan?

Jom sertai misi ubah sekarang - klik disini - MISI UBAH




Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7