ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
7 LANGAH MEMUPUK TABIAT BARU YANG BAIK. Percayalah kejayaan menurunkan berat badan adalah berkait lansung dengan tabiat seseorang. Malah ada yang berpendapat jika seseorang yang obesiti mampu mengubah 1 tabiat mereka pun, mereka dah boleh turunkan berat badan. Hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak pupuk atau membina tabiat baru yang lebih baik. Dan yakinilah proses ini amat sukar. Kerana mengikut kajian sesuatu tabiat tidak boleh di padam dalam diri seseorang. Ianya hanya boleh diganti dengan tabiat baru. 1. Fokus membina satu tabiat sahaja dalam satu satu masa. Bila kalian fokus hanya kepada 1 tabiat, kalian memberi seluruh tumpuan dan tenaga hanya pada satu perkara. Ini lebih memudahkan. 2. Paksa lakukan setiap hari tabiat baru dalam masa 30hari. Ada yang kata 40 hari, ada yang kata 66 hari. Pilih yang mana kalian rasa percaya. Insyaallah, jika buat dalam masa sebulan pun dah dapat impak konsisten. 3. Bina tabiat dengan matlamat yang tepat....