Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan


Motivasi VS Disiplin

Alarm dah berbunyi jam 5 pagi, sayup kedengaran lagu Believer dari Imagine Dragon yang saya set dalam telifon saya sebagai alarm. Perasaan masa tu alangkah baiknya kalau saya teruskan tidur dan biarkan saja AKUJANJI itu berlalu. Nikmatnya tidur dengan suasana dini hari yang sejuk dan menyelesakan.



Inilah yang berlaku hampir setiap hari dalam kehidupan saya, malah saya percaya kesemua manusia dan kalian sendiri hadapi hal begini setiap pagi. Ianya tak habis disitu, bilamana kita berjaya melawan perasaan untuk teruskan tidur mulalah episod episod lain seperti nak tengok phone dulu, malas rasanya nak work out dan ianya berterusan setiap saat dan setiap hela nafas. Setiap manusia akan lalui hal ini, walaupun seseorang itu punya motivasi diri yang tinggi.

Kerana Motivasi adalah keinginan yang tinggi terhadap sesuatu impian, tapi disiplinlah alat perang yang utama untuk mencapainya. Sebab itu dalam artikel kali ini saya nak terangkan 3 Cara membina disiplin untuk mencapai impian kalian.

1. Reminder! - Sebagai manusia yang mempunyai impian nak turunkan berat badan, pastinya akan ada sebab atau alasan yang membuatkan kita mahu impian itu tercapai. Buat reminder asbab tersebut. Ini kerana sebagai manusia kita lumrahnya pelupa. Kita mungkin bersemangat masa ini nak turunkan berat badan, tapi tak sampai 1 jam kita mungkin dah lupa impian tersebut.
Cara pelakon Hollywood Jim Carey satu benda yang boleh kita ikut, masa mula mula dia menjejakkan kakinya ke Hollywood, dia tulis satu cek olok olok menggunakan tisu kedai makan. Jumlah ceknya adalah 10juta dan ditarikhkan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dia simpan cek tersebut dalam wallet dan setiap hari dia akan perasan cek tersebut ada dalam wallet. Cara ini adalah bagi mengingatkan dia kenapa dia berada di Hollywood dan kenapa dia perlu berkerja keras.
Saya sarankan kalian tulis atas whiteboard asbab kenapa kalian nak berubah atau beli satu baju saiz M atau S yang kalian paling suka dan sangkutkan di bilik tidur kalian, pastikan kalian dapat tengok setiap hari baju tersebut.

2. Buat Jadual - Disiplin adalah melakukan sesuatu yang kalian perlu, walaupun kalian tidak mahu atau malas. Inilah hakikatnya, disiplin adalah sesuatu yang susah dan mencabar. Buat jadual adalah salah satu cara terbaik untuk membentuk disiplin diri.
Saya suka panggil jadual ni sebagai AKUJANJI. Sesuatu yang kita janji pada diri sendiri. Ia lebih kepada memberi nilai kepada diri kita, jika janji dengan diri sendiri pun gagal untuk ditepati apa lagi janji dengan orang lain? Saya suka meletak nilai diri sebagai taruhan supaya kita lebih menghargai Jadual yang kita bina.
Bagaimana nak bina jadual? bermula dengan perlahan lahan, walaupun disiplin itu penting tapi janganlah anggap disiplin itu seperti kalian masuk tentera. Bermula dengan yang mudah mudah, contohnya atur jadual makan dahulu, jadual kemas rumah, yang simple simple sebelum kalian buat jadual work out dan sebagainya.

3. Maafkan diri dan teruskan - Membaca artikel ini sangat bagus, lagi hebat kalian ambil tindakan dengan buat perkara yang saya sarankan diatas. Tapi percayalah ianya tidak akan mencukupi. Motivasi kalian untuk berdisiplin akan terganggu, percayalah. Ini kerana disiplin adalah hal yang susah. Kita perlu berlawan setiap saat dengan keselesaan diri dan nafsu. Jadi tips yang ketiga adalah maafkan diri dan teruskan usaha kalian untuk berdisiplin.
Ulang perkara ini sehinggalah kalian berjaya ubah jadual tadi sebagai habit. Berapa kali? berkali kali dan mungkin beratus kali. Kegagalan yang mutlak hanyalah bila kita berputus asa sahaja, jika kalian terbabas sehari dua, Maafkan diri dan tengok balik Reminder dan jadual kalian. InsyaALLAH pasti satu hari kalian akan berjaya.

Disiplin diri adalah sesuatu yang sangat mencabar. Bertindak walaupun bagaimana perasaan kita. Hidup dengan apa yang kita tentukan TERBAIK untuk diri kita. Tetapi yang paling penting, ianya tindakan yang diatur dengan pemikiran bukan dengan perasaan. Ianya adalah bagaimana kita mampu menang dengan diri sendiri.

3 Tips diatas adalah apa yang saya buat dalam pengalaman saya turunkan berat badan, saya mengaku dalam fasa saya telah berjaya pun saya alami masalah ketiga dengan kerap. Saya terbabas dan menyalahkan situasi. Tapi saya sentiasa ingat, pengakhiran kepada usaha adalah MATI, sebelum saya mati dan nafas masih ada, saya mampu untuk berubah kembali dengan berusaha dengan lebih baik.

Jadi hari ini saya nak bagi task pada kalian untuk memahirkan kalian dalam hal disiplin. task ini perlu dibuat hari ini, sebaiknya selepas kalian baca artikel ini. Buat! ini adalah penting untuk memastikan kalian faham apa yang kalian baca dan kalian memang berkeinginan tinggi untuk berubah.

Lepas ni, tutup phone kalian, atau mutekan sahaja. letak ditepi dan duduk tegak dalam keadaan selesa. Tutup mata dan secara perlahan lahan kira keluar masuk nafas kalian sehingga 60 kali. Ingat secara perlahan lahan! Jangan fikir apa apa tapi kira sampai cukup 60 kali. Jangan tipu dan Jujurlah dengan diri sendiri. kita tengok siapa yang berjaya dalam task ini.

Kenapa perlu buat task ini? Meditasi adalah satu benda simple sebenarnya. Tak buat apa apa, hanya duduk dengan selesa, nak baring pun tak ada masalah. Banyak kajian yang menyatakan kebaikan meditasi. Walaupun saya bukanlah peminat meditasi tapi saya dapati rutin ini adalah latihan terbaik melawan diri sendiri selama 2 minit sehari. Tak perlu fikir apa apa, lawan kehendak diri yang nak cepat buka mata dan buat hal yang lebih penting dan macam macam. Cubalah meditasi dalam seminggu dan kalian akan dapat faham apa yang saya maksudkan.


Quote menarik tentang disiplin.

1. “Discipline is the bridge between goals and accomplishment.”
2. “There is no magic wand that can resolve our problems. The solution rests with our work and discipline. ”
3. "Discipline is doing what needs to be done, even if you don't want to do it."

dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7