Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU. 



Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg. 


Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla.


Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya. 


Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit. 


Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah. 


Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya 36 masa tu. 


Kawan kawan tak mengalah, terus bersemangat mereka pergi balik kehampir semua kedai yang kami pergi tadi untuk bertanyakan saiz. 


Dah separuh jalan, saya mengalah. Takpelah memang tak ada saiz aku ni. Itu ayat saya. Kawan kawan masih cakap ada. Saya ikutkan dan akhirnya memang tak ada saiz. 


Kecewa, sedih, malu pun ada apabila semua kawan kawan dapat apa yang kami impikan. Berseluar jeans Levi's 501 kepala kain. Saya tetap beli tapi kalau tak silap Levi's 505 saiz 36. 


Dek kerana peristiwa itu saya buat satu peraturan dalam hidup saya. Kalau nak membeli baju atau seluar saya tak akan bawa sesiapa. Hatta selepas kahwin pun saya tak suka bawa wife untuk beli kelengkapan. Kalau bawa pun saya akan tinggalkan dia dikedai lain dan saya buat hal saya.


Masalah tak habis disitu. Semakin lama semakin susah saya nak beli baju dan seluar. Tak ada saiz. Kalau ada pun tak berkenan, tak selesa. Macam macam perasaan ada. 


Saya akhirnya putuskan sesuatu yang salah pada diri saya. Saya stop beli baju dan seluar. Pakai baju melayu yang ditempah khas dan dipadankan dengan seluar kain pelekat. 


Semua kain pelekat kecuali 2 helai saya mintak adinda saya sarahzila jahitkan jadi seluar. Tindakan itu memberi keselesaan dan tubuh saya semakin besar dan besar.


Hinggalah akhir tahun 2017. Bila saya dah turunkan berat badan ke 70kg barulah isteri saya suruh saya beli baju baru. Sebelum tu semua baju saya ambik baju adik adik ipar saya, banyak baju amir yang abg mat pakai. 


Tesco Kota Bharu. Saya cuba ambik 3 saiz L, M dan S.

Saya cuba semua dan semua padan. S pun nampak cantik tapi agak fit. Masa tu, dalam kegembiraan saya menitiskan air mata. 

Baju dalam gambar nilah masa kat tesco dan ia size S


Tak pernah boleh pakai baju saiz M pun selama ni. Akhirnya saya mampu pakai hatta saiz S. Seluar saya dah muat saiz 30 slim fit. 


Sebak saya bukan sebab saya dapat beli seperti orang ramai. Sebak saya kerana mengimbau kesusahan dan rasa malu apabila nak beli baju dan seluar dulu. 


Mustahil sebenarnya bagi saya, itu saya fikirkan. Tapi ianya berlaku bukan dalam mimpi. Ianya berlaku secara realiti. 


Sebab tu saya sekarang bila lihat orang besar, obesiti dan gemuk. Saya nak mereka rasa apa yang saya rasa. Sebab saya juga tahu dan tanggung apa yang mereka tengah lalui sekarang. 


Perubahan itu mampu, ada cara dan kaedahnya. Saya nak kongsikan pada mereka. Nak mereka tahu yang mereka juga mampu. 


Terima kasih kalian yang banyak bantu setiap perkataan saya bertebaran di media sosial. Dengan klik share dari kalian adalah satu jalan untuk saya ketuk satu hati yang ada kepercayaan mereka akan stuck seumur hidup sebagai obesiti.


Jika kalian perlukan bimbingan dan support selama 12 bulan bawah seliaan saya boleh klik disini untuk detail lanjut

 - https://go.my/misiubah


Antara mereka yang dah berjaya dalam program Misi Ubah:-





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7