Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

SAHABAT

4 Kesilapan Bagi Mereka Yang Baru Bermula Turunkan Berat Badan

4 KESILAPAN SIMPLE DILAKUKAN TANPA SEDAR OLEH MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. 1. Timbang setiap hari 2. Sangka bersenam yang turunkan berat badan 3. Perlu ada kelengkapan yang cukup. Kena ada roti wholemeal, beras perang, garam pink, stevia, lakanto, Treadmill, set gym, basikal dan macam macam lagi.  4. Sangka perubahan berlaku dengan cepat.  TIMBANG SETIAP HARI.  Kecuali kalian ada aim tertentu seperti nak masuk pertandingan atau menghadiri temuduga. Aktiviti menimbang berat setiap hari adalah perkara yang kurang baik, walaupun ianya tak lah salah. Penimbang kalian, itu hak kalian.  Cuma aktiviti ini memberi tekanan extra kepada kalian. Ingat, berat kita terlampau fleksibel dan kenaikan berat badan bukanlah semata mata kenaikan lemak.  Tips timbang berat badan disini - https://youtu.be/HlIRmKGR334 BERSENAM BUKANLAH CARA YANG BETUL UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Ramai antara individu yang nak turunkan berat badan bila ditanya apakah yang dapat menurunkan berat badan, mer

Nak Turunkan Berat Badan, Perlukah Cheatday dan Restday

REHAT DAN CHEATDAY. SEBAHAGIAN DARI USAHA TURUNKAN BERAT BADAN.  Dalam keterujaan kita nak turunkan berat badan jangan lupa bagi masa tubuh untuk rehat yea. Sebab salah satu proses dalam penurunan berat badan adalah rehat.  Kenapa rehat termasuk dalam salah satu proses sedangkan ia satu aktiviti yang tak membakar kalori?  Rehat adalah proses penyembuhan. Bila kita bersenam, otot dan minda kita akan stress dan stress seperti sedia maklum tak baik dalam proses ni. jadi rehat akan beri masa ia kembali berfungsi secara optimum. Malah otot bukan sahaja rehat tapi melalui proses penyembuhan otot itu sendiri.  Macamana nak rest? Ianya bukan hari kalian hanya tidur atau terbaring tengok netflix. Tapi hari kalian tidak terikat dengan jadual. Minda kalian tak terbeban dengan 'nak kena bersenam'  Malah ada satu rule saranan yang baik pada hari rest. Rule 30-3. Untuk 30minit kalian duduk ambil masa 3 minit untuk bangun dan berjalan dalam rumah. Untuk memudahkan rule ni jam pin

5 SEBAB YANG BERBALOI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

5 SEBAB YANG BERBALOI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Sebelum tu saya nak bagitahu, perkongsian kali ini bukanlah satu perkongsian biasa yang kalian boleh agak. Sebab sememangnya biasa anjuran untuk orang obesiti menurukan berat badan adalah.  1. Menyihatkan badan. 2. Mengelak dari penyakit berbahaya seperti strok, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. 3. Dapat menikmati saat anak anak membesar. 4. Kelihatan cantik dan ramping untuk raya.  Biasanya 4 asbab tu jadi seruan yang saya tulis supaya lebih ramai individu yang obesiti diluar sana sedar dan mula bertindak untuk keluar dari obesiti.  Hari ni saya nak kongsikan 5 sebab yang jarang saya kongsi tapi punya nilai yang sangat besar kepada kehidupan seseorang individu.  1. Sendi sendi yang tak sakit dan lebih baik. Kalau kalian overweight atau obesiti ini adalah satu ancaman pertama yang kalian sedar. Nak bangun dari duduk atau tidur, sangat susah dan menyakitkan. Ianya berlaku kerana berat badan kalian yang berlebihan. Ya, b

Teknik Paling Simple Untuk Turunkan Berat Badan

TEKNIK PALING SIMPLE NAK TURUNKAN BERAT BADAN. TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN. Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya. Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal.  Nama teknik ini adalah Pecahan.  Sila baca hingga habis kerana teknik ini amat membantu dan akan memberi impak positif jika kalian amalkan untuk mencapai apa saja matlamat kalian.  Setiap kita ada impian, malah kita punya impian yang besar. Kalau tanya mereka yang obesiti mereka mesti jawab mereka nak turunkan berat badan ke BMI yang normal. Walaupun berat mereka 150kg pun mereka tetap ada hasrat nak kurus.  Sekarang cuba tanya mereka, boleh tak nak turunkan berat badan sebanyak 80kg? Mesti mereka akan jawab mustahil atau paling

Kenapa Berat Badan Mudah Naik Tapi Susah Turun

KENAPA BERAT BADAN BOLEH NAIK 2KG DALAM MASA SEHARI?  Berapa berat badan kalian kemarin? Dan berapa pula hari ni? Berat badan kita tidaklah statik sepanjang masa. Ianya berubah ubah.  Kenapa berat saya naik 2kg hanya dalam masa sehari? Kemarin 70 hari ni 72kg. Bukan ke pengiraan 7700 kalori yang terkumpul baru jadi 1kg? Semalam tak makan sampai 14400 kalori pun.  14400 kalori? Atau bersamaan 23 Spicy Chicken Mcdeluxe. Tapi kenapa berat pagi ni 72kg!  Inilah misteri berat badan . Walaupun sebenarnya ada penerangan yang telah dikaji oleh pakar kenapa hal ini berlaku.  Ramai yang kurang faham dalam hal ini, yang akhirnya menyebabkan mereka berputus asa. Lagi lagi yang tengah buat usaha penurunan berat badan. Mana taknya, nak turun 1kg ambil masa seminggu ke sebulan. Nak naik 2kg sehari pun boleh.  Sebenarnya 2kg yang naik bukanlah kalori yang disimpan sebagai lemak keseluruhannya. Adalah mustahil untuk seseorang menyimpan semua kalori yang dia makan dalam seharian sebagai lema

Takut Nak Diet

TAKUT NAK DIET! TAKUT NAK BERSENAM. TAKUT NAK USAHA TURUNKAN BERAT BADAN?  Adakah kalian macam ni? Takut nak berubah? Jangan terkejut, ramai sebenarnya beranggapan macam ni. Saya pun pernah punya mentaliti begini.  Mana taknya, bila kita beri komitmen untuk berusaha kita rasa banyak yang akan kita hilang. Itulah perasaan semasa berfikir nak usaha turunkan berat badan.  Antara takut yang menghantui kita ialah :-  Takut nak tinggalkan minuman manis kegemaran kita.  Takut kita dah tak boleh makan nasi dan lauk kegemaran. Takut kita tak boleh nikmati kuih muih setiap pagi yang kita suka.  Takut nak ke taman atau gym untuk berjoging, sebab nanti ada orang perati atau jeling mata.  Takut nak bersenam depan rumah pun, sebab nanti jiran kita tengok, malu katanya.  Takut lepas bersenam tubuh akan sakit sakit.  Tapi sedar atau tidak apa yang kita takut itu adalah hal kecil dan ia berlaku kerana kita tidak berfikir dengan jelas dan tepat. Apa yang kita takut itu remeh yang menyebabkan

6 TIP KEKAL FOKUS DALAM USAHA TURUNKAN BERAT BADAN.

 6 TIP KEKAL FOKUS DALAM USAHA TURUNKAN BERAT BADAN.  Fokus, sesuatu yang sangat penting dalam kejayaan seseorang. Ianya sangat rapuh dan mudah teralih, menyebabkan ianya bukanlah sesuatu yang mudah.  Cuba bayangkan, azam tahun ni yang ramai nak turunkan berat badan pun dah ramai yang lupa. Peel lama kembali dominan, makan dah tak jaga, aktiviti dah tak buat. Betulkan? Walhal bulan Januari belum lagi berlalu.  Jom saya kongsikan pengalaman saya. bagaimana saya kekal fokus dari 135kg ke 70kg.  1. Punya mentaliti yang betul. - saya sedar usaha ni perlukan masa, jadi saya dari awal tak menjangka perubahan berlaku dalam masa singkat. Pengalaman dulu yang nak kurus dalam masa seminggu, sebulan jadi guru saya. Jadi dari awal, saya tak jangka jeda waktu untuk kurus.  2. Self reminder untuk perbaiki diri - setiap pagi saya akan buat post-mortem tentang hari semalam. Apa yang saya buat dan cuba baiki pada hari ni. Dari semua sudut. Pemakanan, aktiviti hatta ke soal cara fikir.  3. Jadual sebaga

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama