Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Teknik Paling Simple Untuk Turunkan Berat Badan

TEKNIK PALING SIMPLE NAK TURUNKAN BERAT BADAN.



TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN.

Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya.

Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal. 

Nama teknik ini adalah Pecahan. 
Sila baca hingga habis kerana teknik ini amat membantu dan akan memberi impak positif jika kalian amalkan untuk mencapai apa saja matlamat kalian. 

Setiap kita ada impian, malah kita punya impian yang besar. Kalau tanya mereka yang obesiti mereka mesti jawab mereka nak turunkan berat badan ke BMI yang normal. Walaupun berat mereka 150kg pun mereka tetap ada hasrat nak kurus. 

Sekarang cuba tanya mereka, boleh tak nak turunkan berat badan sebanyak 80kg? Mesti mereka akan jawab mustahil atau paling tidak mereka akan jawab boleh tapi susah sikit.

Ok sekarang, cuba tanya mereka boleh atau tidak turunkan 1kg? Jawapannya mesti dengan yakin adalah YA, BOLEH. 

Dah dapat maksud saya teknik PECAHAN? 

Jika kalian ada matlamat nak hilangkan 80kg berat badan kalian, jangan fokus untuk hilangkan 80kg, tapi fokus kepada hilangkan dulu 1kg demi 1kg. 

Jika penurunan 1kg dapat dibuat dalam masa seminggu, maka kalian hanya perlu 80 minggu untuk hilang 80kg yang bersamaan 1 tahun 6 bulan untuk kalian dapat berat badan normal. 

Kenapa teknik pecahan ini berkesan? Teknik ini adalah satu teknik membahagikan tahap tekanan dalam diri kalian. Dengan teknik ini kalian tidak stress dan akan menyebabkan kalian lebih Konsisten dalam usaha kalian.

Teknik Pecahan bukan saja kepada mental tapi juga kepada tindakan kalian. Untuk turunkan berat badan umum tahu sifirnya ialah jaga makan dan perbanyakkan aktiviti pembakaran kalori. 

Teknik pecahan juga boleh digunakan disini. Daripada kalian secara drastik tidak makan apa kata lakukan satu demi satu. Pertama elak minuman manis, selepas itu ubah tabiat makan bertambah tambah, dan selepas itu makan dengan konsep suku suku separuh dan seterusnya makan dengan pengiraan kalori keperluan kalian. Satu demi satu secara perlahan lahan.

Sama juga dengan aktiviti, jangan terus pergi jogging 3km. Mulakan dulu dengan berjalan 500m, tambah jarak mengikut keselesaan kalian. Sedikit demi sedikit. Sehinggalah kalian mampu berlari selama 3km sehari atau lebih. 

Teknik pecahan ini sangat berguna. Saya harap kalian faham dan praktikan. Tapi Kalau tiba tiba ada satu bisikan kata kalau ikut teknik ni lambatlah nak kurus. Lambatlah nak tunggu sampai 1 tahun 6 bulan. 

Ini jawapan saya. Sila komen dibawah satu cara yang cepat dan mengapa tidak kalian buat? Dah,dah cukuplah beralasan dan cakap banyak. Sama ada kalian nak bertindak atau tidak! Pilih sekarang.

Jom dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. Detail di - https://www.jommula.com/

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7