ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Bila Seseorang Mampu Turunkan Berat Badan Dengan Ketara, Soalan Paling Kerap Ditanya Ialah MAKAN APA? Sebab ramai yang faham kena ikut makan apa yang mereka dah berjaya makan. Dan ada juga yang ingin tahu adakah mereka makan ubat kurus. Haha SEBENARNYA. Keyword yang kena faham ialah, penerangan ni hanya utk dijadikan rujukan asas sahaja, bukan rujukan khas atau rujukan tepat. Sebab, apa yang saya makan adalah berkaitan dengan selera saya yang mungkin jauh berbeza dengan selera kalian. Tapi apapun asas nak makan supaya kurus tetap sama. 5 Tips Makan apa untuk kurus. 1. Buang tabiat lama cara makan kita yang menggemukkan kita. Makan ikut suka masa mana, banyak mana. Biasanya akan bertambah tambah. Ini sebab tubuh kita makin membesar. Jangan tipu kalian makan sikit. Tapi kalau makan sikit tapi gemuk makin gemuk, mohon rujuk doktor. Mungkin kalian ada masalah kesihatan. 2. Tukar gaya makan kepada asas yang mudah dulu. Seperti Pinggan Sihat Kementerian Kesihatan...