ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Percaya atau tidak kisah kejayaan setiap individu dalam penurunan berat badan punyai kisah atau jalan yang berlainan. Ada yang berjaya sebab bersenam. Malah ada yang berjaya turunkan berat badan tanpa bersenam. Sebab itu perjalanan setiap individu itu tak sama. Bukti lain adalah kisah kejayaan dan kegagalan induvidu dalam diet diet tertentu. Ada yang berjaya dengan diet Atkins, ada juga dengan suku suku separuh, Intermittent Fasting dan pelbagai nama diet yang ada. Dan setiap diet wajib ada kisah kegagalan induvidu yang mencubanya. Dalam pelbagai kisah dan cara setiap individu yang berjaya ada 1 kesamaan. Kesamaan inilah kenapa mereka buat diet berlainan, cara berlainan tapi tetap berjaya. Mentaliti, mindset atau cara fikir mereka adalah sama. Inilah sebab kenapa mereka berjaya turunkan berat badan, ianya bukan asbab besar nama diet atau nama senaman. Tapi mempunyai Mentaliti yang betul untuk turunkan berat badan. Sebab itu saya sarankan mereka yang b...