ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
ASAS PALING PENTING YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Artikel ini akan memberi kalian pencerahan bagaimana saya mampu berjaya sedangkan saya telah gagal banyak kali. Memahami artikel ini dengan baik dan mengamalkan saranan yang saya berikan akan memastikan kalian juga mampu kurus. Percayalah. Teruskan pembacaan kalian. Fundamental kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul. Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya. Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus. Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percu...