Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel obesiti

SAHABAT

Asas Terpenting Penurunan Berat Badan Yang Selalu Dipandang Enteng.

1 Asas Terpenting Penurunan Berat Badan Yang Selalu Dipandang Enteng. Bila bercakap tentang penurunan berat badan, hampir semua kita akan mula terbayang makan dan bersenam. Ya, 2 perkara tersebut amat penting. Jaga pemakanan dan membakar lemak adalah proses asas untuk berlakunya penurunan berat badan. Ramai tekankan proses penurunan yang baik itu adalah penjagaan pemakanan dan kekerapan kita bersenam, bukan hanya penurunan berat badan, tapi kejayaan dalam kehidupan pun ramai pakar nyatakan kepentingan 2 elemen tersebut. Tapi percaya atau tidak, kita tak mampu buat 2 perkara itu dengan baik jika kita tidak cukup tidur. Kita selalu memandang tidur sebagai satu aktiviti yang biasa kita lakukan dan kita mahir tanpa perlu sebarang ilmu dan pembelajaran. Tapi sebenarnya tidur memberi impak yang tinggi bagi kehidupan seseorang. kalian sendiri alami dan faham jika kalian tak cukup tidur apa yang berlakukan? mengantuk, tak boleh fokus, mudah lalai, letih dan banyak lagi. Kalian sendiri dah

Apa itu Tabata dan kebaikannya.

Apa itu Tabata dan kebaikannya. Apa Tabata ni? - Tabata adalah satu senaman HIIT (high-intensity interval training). Senaman yang dibuat dalam rutin Tabata memerlukan induvidu membuat latihan dalam keadaan menekan dan cepat. Rutin Tabata. Senaman Tabata memerlukan hanya 4 minit untuk dilakukan. Pecahan rutin tabata adalah seperti berikut:- - 20 Saat melakukan aktiviti HIIT dan diselangi 10 saat rehat. - Ulang hal diatas selama 8 kali. Bagaimana Tabata ditemui? - Tabata ditemuai oleh seorang pengkaji dan teamnya yang membuat kajian di National Institute of Fitness and Sports in Tokyo pada tahun 1996. - Kajian tersebut diketuai oleh seorang pengkaji bernama Dr Izumi Tabata. Nama Senaman ini diambil dari nama doktor tersebut. - Dalam kajian tersebut Dr Izumi mengkaji 2 kumpulan. kumpulan pertama melakukan senaman berintensiti sederhana sejam sehari untuk 5 kali seminggu selama 6 minggu dan kumpulan kedua melakukan senaman Tabata yakni selama 4 minit sehari, 4 kali seminggu selama 6 minggu

7 tips atasi malas

7 Tips Atasi Malas Bersenam Bersenam, satu aktiviti yang amat bagus untuk manusia. Senaman bukan sahaja bagus untuk kesihatan, ia juga mampu menghindarkan kita dari risiko penyakit yang tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan strok. Malah senaman merupakan satu asas penting dalam penurunan berat badan yang baik. Seperti perkara lain yang memberi kebaikan kepada kita, senaman adalah satu aktiviti yang amat susah untuk dilaksanakan dan amat susah untuk menjadi rutin dalam kehidupan kita. Padahal semua orang tahu tentang kebaikan malah keperluan kenapa kita kena bersenam. Tapi kenapa ianya amat susah untuk dilakukan? Melalui pemerhatian dan pengalaman saya, kenapa kita susah untuk bersenam biasanya terbahagi kepada 2 faktor. 2 Faktor ini antara asbab paling besar kenapa seseorang itu tidak bersenam. 1. Rasa diri sihat walaupun punya berat badan yang berisiko (obesiti) 2. Malas Kalian golongan yang mana? no 1 atau 2? cuba jawab dengan ikhlas. Hari ini saya nak kongsi baga

Bagaimana Berat Badan Naik hingga Gemuk

KENAPA SESEORANG ITU GEMUK? Jom kita faham kenapa tubuh kita boleh membesar dan menjadi gemuk. Kalau kes saya boleh mencecah sehingga 135kg. Kalau saiz baju dah 5xl. Kegemukan dikait rapat dengan gaya hidup seseorang. Gaya hidup yang diamalkan selama bertahun lamanya akan membentuk tubuh seseorang. Semestinya gaya hidup yang tidak bagus akan menjadi seseorang itu gemuk. Gaya hidup yang membawa kepada kegemukan selalu dikaitkan dengan 2 perkara. Pemakanan dan aktiviti. 2 faktor ini adalah punca utama seseorang menjadi gemuk. Tapi sebenarnya ada beberapa punca lain yang boleh membuat seseorang itu gemuk, antaranya penyakit. Kes ini saya akan terangkan di lain artikel. Hari ni kita bincangkan berkaitan 2 punca dahulu. Pemakanan dan aktiviti. 1 benda yang perlu difahami disini adalah kedua dua punca ini ada satu kaitan yang sama yakni kalori. Apa itu Kalori? - Kalori hanya boleh diambil melalui pemakanan - kalori hanya dapat dikeluarkan (dibakar) melalui aktiviti. - Kalori a

Ketagihan Gula

Percaya atau tidak, ada yang tak mampu nak tinggalkan gula dalam minuman walaupun dah buat keputusan. Ada yang pm tubuhnya jadi ketar ketar sebab tak minum teh tarik utk sarapan pagi. Dalam method pertama yang saya susun bagi seseorang nak turunkan berat badan adalah dengan mengelak ambil gula dalam minuman. Apa signifikan dalam method pertama ni? 1. Ianya sebenarnya mudah utk dilaksanlpakan. Anda hanya perlu ganti setiap minuman manis seperti boba tea, teh tarik, nescafe ais dll dengan air kosong. Pilihan ini mudah tanpa perlu anda ada ilmu atau perlu mengikuti kursus. Hanya tukar!!! 2. Setiap air manis yang anda ganti dengan air kosong telah menjimatkan hampir 100kalori intake anda.  Bayangkan anda ambil teh tarik 3 gelas sehari. Sifir mudahnya anda telah mengambil 300 kalori hanya dengan minuman sahaja. Ianya minuman, sekadar memuaskan nafsu ketagih dan bukanlah sesuatu yang penting bg anda sebenarnya. 300 kalori yang anda ganti dengan pengambilan air kosong td telah menji

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama