Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Asas Terpenting Penurunan Berat Badan Yang Selalu Dipandang Enteng.

1 Asas Terpenting Penurunan Berat Badan Yang Selalu Dipandang Enteng.



Bila bercakap tentang penurunan berat badan, hampir semua kita akan mula terbayang makan dan bersenam. Ya, 2 perkara tersebut amat penting. Jaga pemakanan dan membakar lemak adalah proses asas untuk berlakunya penurunan berat badan.

Ramai tekankan proses penurunan yang baik itu adalah penjagaan pemakanan dan kekerapan kita bersenam, bukan hanya penurunan berat badan, tapi kejayaan dalam kehidupan pun ramai pakar nyatakan kepentingan 2 elemen tersebut. Tapi percaya atau tidak, kita tak mampu buat 2 perkara itu dengan baik jika kita tidak cukup tidur.

Kita selalu memandang tidur sebagai satu aktiviti yang biasa kita lakukan dan kita mahir tanpa perlu sebarang ilmu dan pembelajaran. Tapi sebenarnya tidur memberi impak yang tinggi bagi kehidupan seseorang. kalian sendiri alami dan faham jika kalian tak cukup tidur apa yang berlakukan? mengantuk, tak boleh fokus, mudah lalai, letih dan banyak lagi. Kalian sendiri dah tahu keburukan tidak cukup tidur.

Malah antara aktiviti terbanyak dalam seluruh hidup kita adalah tidur, 1/3 hayat hidup sesorang adalah aktiviti tidur. Sebanyak itu kita lakukan dan kita masih anggap ianya tidak penting?

Kenapa kualiti tidur yang buruk itu tidak baik untuk kita?

Melalui kajian dari Dr. Michael Breus yang dikenali sebagai The Sleep Doctor dalam bukunya Beauty Sleep: Look Younger, Lose Weight, and Feel Great Through Better Sleep. Bila seseorang itu kurang tidur, ia akan meningkatkan potensi mereka menjadi obesiti. Sebenarnya kajian sains lain juga telah membuktikan fakta ini bila kita kurang tidur hormon hormon dalam tubuh kita tidak teratur, hormon kortisol, ghrelin dan laptin yang tidak stabil akan menyebabkan kita jadi lapar, makan tak puas dan menyebabkan kita craving sesuatu yang tidak baik seperti makanan bergula.

Fakta di atas sahaja cukup menyatakan kepentingan tidur, dengan tidur yang cukup hormon dalam tubuh stabil dan kita tidak akan mengalami masalah masalah yang dinyatakan diatas.

Sebenarnya banyak kebaikan tidur yang cukup dan berkualiti iaitu tidur 7-8 jam sehari, saya sentuh secara umum dari pembacaan saya tentang kebaikan tidur berkualiti.
1. Menyihatkan jantung.
2. Mencegah kanser
3. Mengurangkan stress
4. Lebih Bertenaga
5. menambahkan daya ingatan
6. Menurunkan berat badan
7. Membuat kita lebih bijak dalam membuat keputusan
(rujukan di - https://www.verywellhealth.com/top-health-benefits-of-a-good-nights-sleep-2223766 )

Jadi tanpa perlu dipertikai tidur adalah satu elemen terpenting sebelum kita berjaya menguasai pemakanan dan bersenam. Saya amat sarankan kalian yang nak turunkan berat badan mula menjaga kualiti tidur kalian. Bermulalah malam ini dengan tidur awal.




Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7