ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
6 MUSUH USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN 1. Zon Selesa - Ramai mereka yang obesiti berada di zon ini. Mereka dengan berat badan berlebihan masih rasa sihat dan tiada masalah kesihatan. Saya pun begitu, semasa berat 135kg jika ditanya ada penyakit darah tinggi atau tidak saya jawab tidak, walhal Doctor dah diagnos saya punya masalah tekanan darah. Bukan niat nak menipu tapi memang masa itu faham tekanan darah tinggi sebab kurang tidur atau stress di tempat kerja saja. Risiko penyakit dengan obesiti ni bahaya, ianya adakala tidak tunjuk tanda tanda kecil tapi terus merebak kepada isu kesihatan yang besar, ambil contoh abang kandung saya yang dari tak ada apa apa penyakit tiba tiba ada masalah buah pinggang dan strok. Inilah ketakutan yang nyata dengan obesiti. Ianya dapat menarik kesihatan dengan tiba tiba. 2. Ego - Kita tidak mahu akui kita perlukan bantuan atau pemerhatian. Setiap kali semasa saya ke klinik kesihatan disebabkan demam atau sakit kepala semasa menjadi ...