ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
13 MANFAAT KOPI DALAM DIET. Sejak hari pertama saya putuskan untuk hidup secara sihat, saya ambil keputusan untuk tinggalkan minuman manis, gula dan susu pekat saya talakkan dalam minuman saya. Saya tukar minuman kegemaran saya Nescafe beng dan nescafe o beng dengan kopi kosong. inilah amalan yang tak putus saya amalkan sehingga sekarang. Minum kopi kosong. Bermula dengan order Nescafe tanpa gula sehinggalah ke Americano. Kopi adalah benda wajib saya ambik. Saya semasa Obesiti dulu adalah peminat Nescafe Kaw! Mesti lebihkan pahit dari manis susu. Kalau bancuh dirumah saya akan ambik 3 sudu teh nescafe dan 3 sudu makan susu pekat. Setiap hari tanpa henti wajib minima 2 kali. Itulah antara Sebab saya semakin besar dan besar. Kopi membantu sedikit sebanyak dalam proses saya turunkan berat badan. Antara kajian kebaikan kopi adalah. 1. Boleh meningkatkan tahap tenaga. 2. Membantu pembakaran lemak. 3. Dapat meningkatkan prestasi tubuh. 4. Mengandungi nutrien penting ...