Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Langkah Pertama Saya Turun Badan Sebanyak 65kg

Langkah pertama turunkan berat badan.

langkah pertama atau fasa pertama yang saya lalui.



Sejak awal saya berkongsi pengalaman saya berjaya turunkan berat badan dari 135kg ke 70kg, saya di fasa pertama hanya tinggalkan minuman manis atau gula. Ya hanya itu yang saya buat untuk langkah pertama. Ramai yang kongsikan dengan saya dengan langkah ini saja mereka mampu turun 20kg.

Ramai yang tak sedar keinginan mereka kepada air manis banyak menyebabkan mereka bertambah besar. Kenapa gula menggemukkan? Saya beri sedikit penjelasan dalam bahasa mudah, bukan secara saintifik sebab ianya bukan bidang saya.



Bukan saja gula mempunyai kepadatan kalori yang tinggi malah ianya tidak mempunyai sebarang nutrisi. Gula putih adalah hanya satu bahan yang menambah perisa manis dan tinggi kalori. Maksudnya, ia tidak memberi sebarang impak positif kepada kesihatan selain tenaga yang kita boleh perolehi dari sumber yang lebih baik. Malah gula menambah risiko penyakit yang berisiko tinggi seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, gout dan banyak lagi, malah ada kaitan gula putih dengan 13 jenis kanser.

Gula juga memberi kesan ketagih pada tubuh. Sebab tu ramai individu yang cuba tinggalkan gula susah untuk berbuat demikian. Malah ada yang berkongsi mereka akan rasa pening dan ketar tubuh sebab tinggalkan gula. Dalam penjelasan saintifik ianya lebih jelas apa yang gula lakukan pada otak kita.



Gula juga saya kategorikan sebagai pembaziran kalori. Sepatutnya kita hanya minum air kosong yang tiada kalori tapi kerana keinginan kita nak manis kita minum teh tarik yang punya sekitar 100 kalori segelas. Membazirkan? Sepatutnya 0 tapi jadi 100 hanya sebab minuman. Teh tarik juga tidak mengenyangkan, hanya memuaskan ketagihan sahaja.
Gula akan menambah nafsu makan kita kepada benda manis yang lain. Ini antara fungsi gula, kerana ianya tidak mengenyangkan dan ada efek ketagih. Kita terdorong meminum dan mengambil makanan lain setelah minum minuman manis.

Jadi saya dari dulu, hingga kini mengesyorkan kalian semua tinggalkan gula dalam minuman, buat secara perlahan lahan, kalau sehari kalian minum 3 gelas minuman manis, tinggalkan dulu segelas. Dan secara beransur ansur tinggalkan kesemuanya bila kalian dah mampu. Jika kalian dah kuat, kalian boleh tinggalkan juga kuih muih atau dessert yang manis manis.

Jika anda tidak mampu untuk tinggalkan gula secara drastik, cuba kurangkan dulu pengambilan gula secara berperingkat. Atau guna pemanis lain yang jauh lebih baik dan selamat.
Jadi saya sarankan anda kepada alternatif pemanis dalam minuman atau makanan anda. Saya hanya kumpulkan 2 item yang bagi saya sihat dan amat bagus di gunakan. Walaupun sebenarnya banyak lagi jenis dan jenama lain diluar sana yang ada.

1. Lakanto adalah cadangan pertama, ianya pemanis yang dibuat dari Monk Fruit. Dipasaran Malaysia banyak Lakanto yang dijual. Harganya dalam RM14 utk 150g. Rasanya menyamai gula putih tapi sangat baik dari segi kalorinya yang 0 dan tiada tindakbalas terhadap kadar gula dalam darah. Pengalaman saya, 150g dapat bertahan dalam 15-20hari. Malah lakanto juga bukan saja sesuai utk pemanis bagi minuman tapi juga untuk kuih dan Desserts. Boleh dapatkan lakanto secara online di lazada.

2. Stevia adalah saranan kedua. Stevia pemanis dari daun stevia ni amat bagus sebagai pengganti gula putih. Sama seperti lakanto, ia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikan kadar gula dalam darah. Harga stevia pula pelbagai dan antaranya RM65/10ml yang bagi pengalaman saya tahan hampir 1bulan ke sebulan setengah. Terhadnya Stevia ni tidak berapa sesuai utk kuih muih dan Desserts. Dapatkan Stevia yang saya amalkan disini.

Apapun pilihan anda, cara yang paling alami adalah dengan menahan sendiri diri anda dengan ketagih gula. Cuba dan terus mencuba. Kerana kekuatan yang hadir dari dalam lebih berkesan dari kekuatan yang diambil dari produk luaran.

Bagaimana nak potong gula,saya dah cuba tapi gagal. Saya banyak terima aduan begini. Dah cuba tapi tak jadi, nak juga gula. Ada beberapa tip yang boleh diamalkan.

1. Ganti gula putih dengan makan buah buahan yang manis seperti tembikai.
2. Cuba guna stevia atau lakanto sbg pemanis dalam minuman.
3. Bila anda craving makanan manis, ambil air kosong dan minum. Bagi saya ianya amat membantu.

Untuk Fasa pertama ini saya ingin kalian ambil tindakan tegas. Samada berhenti terus atau kurangkan secara berperingkat. Saya faham ianya cabaran besar nak tinggalkan teh tarik, nescafe beng, tapi tindakan tegas kalian bakal memberi impak positif pada diri kalian, sama ada kalian semakin sihat dan kalian dapat berat badan idaman kalian.

Sebagai task untuk kalian, dan sebagai bukti kepada kalian juga, cuba nekad tinggalkan gula dalam minuman dalam masa seminggu, selepas tu timbang, berapa kilogram yang hilang, dan yang pasti kalian dapat rasa sesuatu yang lain pada diri kalian.

dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/
Misi Ubah


Langkah pertama turunkan berat badan.



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7