7 Tips Atasi Malas Bersenam
Bersenam, satu aktiviti yang amat bagus untuk manusia. Senaman bukan sahaja bagus untuk kesihatan, ia juga mampu menghindarkan kita dari risiko penyakit yang tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan strok. Malah senaman merupakan satu asas penting dalam penurunan berat badan yang baik.
Seperti perkara lain yang memberi kebaikan kepada kita, senaman adalah satu aktiviti yang amat susah untuk dilaksanakan dan amat susah untuk menjadi rutin dalam kehidupan kita. Padahal semua orang tahu tentang kebaikan malah keperluan kenapa kita kena bersenam. Tapi kenapa ianya amat susah untuk dilakukan?
Melalui pemerhatian dan pengalaman saya, kenapa kita susah untuk bersenam biasanya terbahagi kepada 2 faktor. 2 Faktor ini antara asbab paling besar kenapa seseorang itu tidak bersenam.
1. Rasa diri sihat walaupun punya berat badan yang berisiko (obesiti)
2. Malas
Kalian golongan yang mana? no 1 atau 2? cuba jawab dengan ikhlas.
Hari ini saya nak kongsi bagaimana kita nak atasi MALAS untuk bersenam, bab kesedaran diri rasa sihat tu saya dah banyak kali tulis dan saya berpendapat hal itu merupakan perjalanan setiap induvidu untuk mendapat hidayah masing masing. Saya sendiri mula bersenam pada berat 135kg tiga tahun yang lepas.
7 Tip Untuk Mengatasi Malas Bersenam.
1. Bermula dengan apa yang kita minat - Bersenam dengan aktiviti yang kalian minat amat membantu melawan malas, jika kalian minat bermain badminton, futsal atau bola jaring bermula dulu dengan aktiviti tersebut jangan terus ke aktiviti jogging atau ke gym. Ramai yang tak dapat konsisten bersenam kerana mereka buat sesuatu yang mereka tidak minat dan memaksa diri. Dari tidak bersenam lansung tiba tiba buat sesuatu yang kita tidak minat akan memberi tekanan dan akhirnya akan membuatkan kita give up.
2. Cari rakan atau team untuk lakukan aktiviti bersenam bersama - Kawan, isteri ataupun anak anak. Malah saya pada awal bermula nak aktifkan diri buat satu post di group kejiranan di Kota Bharu ajak sesiapa yang berminat nak bermain badminton. Dengan adanya rakan kita akan terikat dengan komitmen, ianya akan menyebabkan kita dapat atasi malas kerana kita akan penuhi janji yang telah dibuat untuk bersenam bersama rakan atau team.
3. Bina Jadual - Secara perlahan lahan bina jadual, jangan sekali kali bina jadual pada hari pertama kalian berNIAT nak bersenam (saya buat banyak kali tak menjadi). Bersenam dulu dalam masa sebulan, kenali keupayaan masa dan diri kalian. Selepas dah jumpa pace kalian, barulah buat jadual. Jangan terlampau ketat nak bermula bersenam 30minit setiap hari, bina jadual yang bersesuaian dengan masa dan kerja kalian.
4. Download App - Teknologi sekarang semakin menarik, app yang ada di telifon sekarang boleh membantu. Pelbagai app yang ada feature yang menarik seperti video senaman yang boleh diikuti, tips, jadual dan macam macam lagi. Ada yang berbayar malah banyak yang percuma. Saya suka kongsikan satu app yang menarik untuk kalian yang nak bersenam dirumah sahaja iaitu THENX. Muat turun dan explore k.
5. Sertai Group Jom Mula - Salah satu cara mengatasi malas adalah dengan ada semangat yang tinggi, di Group Jom Mula banyak perkongsian dari mereka yang telah berjaya dan yang dalam fasa berusaha. Mereks berkongsi tips dan senaman yang mereka lakukan. Ini akan meningkatkan semangat kalian dan berada di satu circle positif yang membantu mengekalkan motivasi kalian.
6. Outfit yang sesuai - Dapatkan kasut sukan baru, baju dan seluar baru. Setiap kali kalian nak bersenam pakai outfit tersebut. Jika kalian malas pun pakai dulu. Ini apa yang saya amalkan, sebab itu boleh dikatakan setiap hari saya beroutfit dengan outfit sukan. Ianya membantu saya dan saya percaya ianya akan membantu kalian. Dari segi psikologi kita menghantar signal kepada minda bawah sedar yang kita hendak bersenam.
7. Lawan Malas #beatthemalas - Kalian kena tahu, setiap orang malah saya yang berkongsi dengan kalian tips atasi malas juga berhadapan malas setiap hari. Saya percaya dan yakin setiap yang dah berjaya workout setiap hari pun hadapi masalah ini. Untuk menyelesaikan masalah ini kita perlu ada satu hasrat untuk mengalahkan peel malas diri kita. Kuasai diri dan minda kita. Bagaimana? Antara tipsnya adalah point no 6. Dan satu lagi tips yang bagus adalah tipu malas kita. Jika kita malas nak berjogging, kata pada diri 'ok hari ni nak berjalan jea, satu round jea,' terus berjalan jangan berjogging pun, nak sampai garisan penamat cakap pada diri 'seround jea lagi' haha.. nampak tak? tipu malas tu! saya buat perkara ni hampir setiap hari, malah kebiasaannya tak sampai seround pun dah start jogging dan bukan hanya dapat seround tapi 5 round. Cuba kalian buat kalau tak percaya, janji kalian turun juga aktiviti kalian.
Begitulah antaranya tips yang saya boleh kongsikan, moga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kalian.

Ulasan
Catat Ulasan