Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Apa itu Tabata dan kebaikannya.

Apa itu Tabata dan kebaikannya.



Apa Tabata ni?
- Tabata adalah satu senaman HIIT (high-intensity interval training). Senaman yang dibuat dalam rutin Tabata memerlukan induvidu membuat latihan dalam keadaan menekan dan cepat.

Rutin Tabata.
Senaman Tabata memerlukan hanya 4 minit untuk dilakukan. Pecahan rutin tabata adalah seperti berikut:-
- 20 Saat melakukan aktiviti HIIT dan diselangi 10 saat rehat.
- Ulang hal diatas selama 8 kali.

Bagaimana Tabata ditemui?
- Tabata ditemuai oleh seorang pengkaji dan teamnya yang membuat kajian di National Institute of Fitness and Sports in Tokyo pada tahun 1996.
- Kajian tersebut diketuai oleh seorang pengkaji bernama Dr Izumi Tabata. Nama Senaman ini diambil dari nama doktor tersebut.
- Dalam kajian tersebut Dr Izumi mengkaji 2 kumpulan. kumpulan pertama melakukan senaman berintensiti sederhana sejam sehari untuk 5 kali seminggu selama 6 minggu dan kumpulan kedua melakukan senaman Tabata yakni selama 4 minit sehari, 4 kali seminggu selama 6 minggu.
- Kajian dua kumpulan ini mendapati kumpulan yang melakukan senaman tabata memberi peningkatan yang lebih baik di kedua-dua sistem aerobik dan anaerobik.

Kebaikan Senaman Tabata.
1. Jimat masa, Ianya amat sesuai dengan rakyat Malaysia yang rata rata beralasan tiada masa untuk bersenam. Hanya memerlukan 4 minit dan boleh dilakukan hanya dirumah.
2. Membakar Lemak, Senaman tabata akan meningkatkan kadar metabolisme badan dan juga degupan jantung anda dalam masa yang singkat. Metabolisme akan tetap tinggi bukan sahaja semasa bersenam tetapi setelah kalian lakukan tabata. Ini bermaksud bahawa badan anda akan terus membakar lemak sepanjang hari.
3. Memastikan tisu otot terperlihara. Dalam kita berdiet dan bersenam adakalanya aktiviti kita akan juga membakar otot dalam menghasilkan tenaga. Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Matlamat kita bersenam dan jaga pemakanan adalah untuk sihat dengan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Senaman tabata dapat memastikan otot terpelihara dari perkara diatas.
4. Mudah dan Murah, Senaman tabata tidak memerlukan alatan lain. Cukup kita tahu senaman menggunakan tubuh sendiri seperti squat, tekan tubi dan lompat bintang. Malah senaman tabata boleh menggunakan apa jenis senaman lain seperti boxing.

Jadi apa tunggu lagi, petang ni sebelum berbuka atau selepas berbuka ambil masa selama 4 minit untuk buat senaman Tabata. Macamana nak buat? Saya tinggalkan contoh dibawah.

1. 10 saat bersedia
2. 20 saat berlari setempat
3. 10 saat rehat
4. 20 saat squat
5. 10 saat rehat
6. 20 saat lunges
7. 10 saat rehat
8. 20 saat tekan tubi
9. 10 saat rehat
10. 20 saat plank
11. 10 saat rehat
12. 20 saat lompat bintang
13. 10 saat rehat
14. 20 saat sit up
15. 10 saat rehat
16. 20 saat mountain climb

Cukup 4 minit. Tahniah dan rasai nafas kalian yang tercungap cungap tu.

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7