Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Turun 10kg sebulan. logik vs mitos

PENURUNAN 10KG DALAM MASA SEBULAN.
LOGIK ATAU MITOS.



Penurunan berat badan adalah sesuatu yang ramai dikalangan kita impikan. Malah impian kita sangat besar sehinggakan kalau boleh nak penurunan berlaku dengan banyak dalam masa yang singkat. Malah kerana impian nak banyak penurunan berlakulah sebenarnya punca utama proses itu gagal.

Mitos atau logik nak buat 10kg dalam masa sebulan?
Sebenarnya ianya boleh berlaku. Penurunan saya pada bulan pertama pada 2017 dulu pun 10kg. Malah pada bulan januari 2020 peserta Cabaran Turun berat badan Jom Mula Siri 1 berjaya turunkan 10kg selama sebulan. Bukan seorang tapi Empat orang yang buat penurunan dari 9.4kg hingga 10.5kg.

Tapi adakah ini satu tanda aras semua orang mampu buat 10kg penurunan sebulan? Jawapannya ada 2. Sila baca dan faham yer.

1. Penurunan 10kg berlaku biasanya pada induvidu yang baru bermula proses turunkan berat badan. Meraka yang baru bermula fasa 1 amat mudah turun sebanyak 10kg, malah ada yang lebih. Ini bergantung pada berat badan mereka, meraka yang lebih berat cenderung akan hilang lebih banyak kilogram dalam bulan pertama proses mereka.

Kenapa ini berlaku? Kebiasaanya apa yang banyak turun pada bulan pertama adalah kandungan air dalam badan mereka. Walaupun pada bulan pertama mereka belum lagi aktif dalam aktiviti pembakaran kalori, tapi dengan hanya jaga pemakanan, kurangkan pengambilan karbohidrat dan jaga pengambilan garam pun dah mampu bagi penurunan yang banyak.

Melalui satu fakta yang popular, 1g karbohidrat yang kita ambil akan memegang 3g air dalam tubuh kita. Jadi sebenarnya penurunan pada bulan pertama kebiasaannya adalah penurunan kandungan air yang banyak berserta juga kandungan lemak.

2. Oleh kerana jawapan no 1 adalah begitu maka penurunan bulan bulan seterusnya akan tidak semudah bulan bulan awal proses penurunan berat badan. Ini kerana kandungan air sudah dikeluarkan dengan banyak dan untuk membakar lemak tidaklah semudah proses awal dengan hanya jaga pengambilan karbohidrat ringkas sahaja.

Proses pada bulan bulan seterusnya banyak bergantung kepada sifir sebenar penurunan berat badan iaitu wujudkan kalori difisit. Dan proses penurunan secara kalori difisit yang sihat adalah antara 2-4kg sebulan.

Saya harap penjelasan ini dapat menjawab persoalan 10kg, mitos atau logik.

Jika kalian ingin menurunkan berat badan dan ingin tahu bagaimana peserta yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg lakukannya, boleh join group jom mula ( https://www.facebook.com/groups/438610380086014/ ) . Disana ada rekod aktiviti setiap peserta selama sebulan. Apa yang mereka lakukan sehingga dapat penurunan 10kg. Saya sertakan senarai nama mereka yang berjaya, cari nama mereka di facebook dan follow mereka yea.

Huraizah Yaman 10kg penurunan
Farsuriati Yazid 10.5kg penurunan
Muhd Hilmie 9.8kg penurunan
Jadul Dul 9.4kg penurunan

Tahniah kepada pemenang pemenang dalam pertandingan cabaran turun berat badan Jom Mula siri 1 semalam.

Dan saya juga mengambil peluang untuk berterima kasih dan tahniah kepada pengarah program dan kesemua moderator jom mula kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin berterima kasih tak terhingga kepada penaja penaja yang telah menaja hadiah pertandingan ini yang nilai keseluruhan RM3000.

INSYAALLAH kita akan teruskan siri 2 selepas ini. Doakan semoga usaha kami dalam menyebar luaskan kebaikan hidup secara sihat dengan berusaha untuk menurunkan berat badan dipermudahkan dan dapat sokongan orang ramai.



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7