ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Bila Seseorang Mampu Turunkan Berat Badan Dengan Ketara, Soalan Paling Kerap Ditanya Ialah MAKAN APA?
Sebab ramai yang faham kena ikut makan apa yang mereka dah berjaya makan. Dan ada juga yang ingin tahu adakah mereka makan ubat kurus. Haha
SEBENARNYA.
Keyword yang kena faham ialah, penerangan ni hanya utk dijadikan rujukan asas sahaja, bukan rujukan khas atau rujukan tepat.
Sebab, apa yang saya makan adalah berkaitan dengan selera saya yang mungkin jauh berbeza dengan selera kalian. Tapi apapun asas nak makan supaya kurus tetap sama.
5 Tips Makan apa untuk kurus.
1. Buang tabiat lama cara makan kita yang menggemukkan kita. Makan ikut suka masa mana, banyak mana. Biasanya akan bertambah tambah. Ini sebab tubuh kita makin membesar. Jangan tipu kalian makan sikit. Tapi kalau makan sikit tapi gemuk makin gemuk, mohon rujuk doktor. Mungkin kalian ada masalah kesihatan.
2. Tukar gaya makan kepada asas yang mudah dulu. Seperti Pinggan Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia. konsep Suku Suku Separuh. Suku Karbohidrat (nasi, mee, roti dll) , Suku lauk atau protien. dan Separuh Sayuran.
Ini sangat mudah, dan tak perlu teknikal sangat.
3. Kurangkan makan terproses seperti nugget, French fries, makanan dalam tin, botol dan makanan kering (ikan kering, sotong kering)
4. Kurangkan juga kuih muih tradisional dan dessert viral yang manis. Ingat keyword dia kurangkan bukan tak boleh makan lansung.
5. Faham tiada satu jenis makanan yang khusus boleh kuruskan badan. Contohnya makan oat semata mata. Ianya silap. Kena faham, oat ialah makanan yang bagus untuk tubuh, tapi mengambil oat sepertimana kalian makan sekarang tetap akan menggemukkan.
Tips bonus.
Untuk ubah tabiat kita yang makan tak tentu masa dan jenis bertambah tambah. Boleh amalkan puasa. Samada puasa sunat atau Intermittent Fasting.
Ianya baik untuk kita untuk ajar kita mengawal selera makan kita yang agak haloba sehinggakan berat mencecah ratusan kg.
Berikut hanyalah rujukan asas dan kalian perlu amalkan pemakanan diatas minima 1 tahun untuk nampak perubahan yang ketara.
Alamak! Satu tahun Abe Mat? Lamanya!
Mesti ramai yang fikir beginikan. Sebab itulah kalian gagal dalam setiap usaha kalian nak kurus.
Sebab kalian nak cepat! Nak kurus dalam masa seminggu dua, sebulan dua, Hasilnya kalian buat kejap, lepas tu kalian give up. Sebab asas penurunan berat badan tidak berlaku secepat itu.
Apa kata kalian hilang 3kg sebulan, dan selama 8 bulan menuju raya 2024. Berapa kg boleh turun?
Jawapannya 24kg. Tak ke banyak tu?
Tapi Abe Mat, susah nak konsisten dalam setahun. Nanti hilang fokus, dan give up.
Saya hanya boleh bagi tahu dan bantu ingatkan, selainnya terpulang pada kalian. Jika kalian nak masuk circle saya dan saya ingatkan dan bimbing kalian selama setahun. Boleh klik di sini - Misi Ubah
Harga tengah diskaun 72%.
Kenapa kalian kena join circle saya?
Sebab :-
Ulasan
Catat Ulasan