Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Nak Turunkan Berat Badan, Perlukah Cheatday dan Restday

REHAT DAN CHEATDAY. SEBAHAGIAN DARI USAHA TURUNKAN BERAT BADAN. 



Dalam keterujaan kita nak turunkan berat badan jangan lupa bagi masa tubuh untuk rehat yea. Sebab salah satu proses dalam penurunan berat badan adalah rehat. 

Kenapa rehat termasuk dalam salah satu proses sedangkan ia satu aktiviti yang tak membakar kalori? 

Rehat adalah proses penyembuhan. Bila kita bersenam, otot dan minda kita akan stress dan stress seperti sedia maklum tak baik dalam proses ni. jadi rehat akan beri masa ia kembali berfungsi secara optimum. Malah otot bukan sahaja rehat tapi melalui proses penyembuhan otot itu sendiri. 

Macamana nak rest? Ianya bukan hari kalian hanya tidur atau terbaring tengok netflix. Tapi hari kalian tidak terikat dengan jadual. Minda kalian tak terbeban dengan 'nak kena bersenam' 

Malah ada satu rule saranan yang baik pada hari rest. Rule 30-3. Untuk 30minit kalian duduk ambil masa 3 minit untuk bangun dan berjalan dalam rumah. Untuk memudahkan rule ni jam pintar amat membantu, kalian boleh set peringatan dalam jam pintar yang dipakai dan tiba masa jam pintar akan berikan peringatan. Miband pun ada fungsi ni. Dapatkan Miband https://shp.ee/d7ryjcf

Malah rest bukan saja dari aktiviti bersenam kalian. Cheat day, atau cheat meal juga bukan satu yang optional, beri masa untuk diri menikmati makanan kegemaran kalian juga membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Cuma kena di ingat, sekerap mana nak cheatday? Ia terpulang kepada usaha kalian. 

Jika kalian dah sampai tahap jaga makan dengan baik setiap hari, dan bersenam secara konsisten 3 kali seminggu. Kalian boleh pilih 1 hari dalam seminggu untuk menikmati makanan kegemaran kalian. Ianya tak salah! 

Cuma harus diingat, jangan berlebih lebih. Cheatday bukanlah satu hari kalian membalas dendam, tapi ia sekadar menikmati makanan yang kalian terpaksa tinggal demi memudahkan usaha kalian nak turunkan berat badan. 

Saya harap penulisan hari ini dapat memberi manfaat kepada peserta kalian semua. Ingat, proses kita panjang, makan masa, jadi bijaklah melayan diri untuk kekalkan konsistensi. 

Jom kongsi berapa kerap kalian cheatday? Jangan jawab setiap hari k. 

dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - MISI UBAH

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7