ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Kenapa saya beli pada mulanya adalah untuk memantau denyutan jantung saya semasa bersenam atau bersukan. Saya beli miband2 sebelum saya bermain badminton.
Masa saya beritahu hasrat saya nak berbadminton saya telah ajak ramai kawan kawan, hampir 90% daripada mereka tak berani nak main badminton kerana risau kena serangan jantung.
Masa tu kebetulan ada seorang adun yang meninggal dunia semasa bermain badminton. Kawan kawan saya yang juga senasib saya pada masa tu, dengan berat badan yang berlebihan serta ada masalah tekanan darah tinggi menolak untuk main bersama.
Jadi saya agak risau dengan kerunsingan mereka. Ada betulnya, badminton sukan yang agak agresif, dan biasanya dewan dewan yang ada di sekitar kami tidak memiliki sistem pengudaraan yang baik.
Jadi saya fikir saya kena berhati hati, maka saya terfikir bagaimana nak atasi masalah tersebut. Saya kena pantau kadar denyutan jantung saya. Jadi saya terus dapatkan miband2 yang ada sistem alert nadi kita. Miband akan memberi amaran jika nadi kita laju.
Dengan adanya amaran tersebut kita mampu berhenti atau perlahankan permainan supaya nadi kita semakin stabil. Itulah sebab kenapa saya dapatkan miband.
Tapi fungsinya yang mahal bukan disitu sahaja, kita mampu memantau kiraan langkah seharian kita, merekod aktiviti jogging (siap ada graf Anaerobic dan aerobic) malah miband juga ada sistem pemantauan kualiti tidur kita.
Ini antara yang berbaloi, kita dapat tahu berapa jam kita tidur dan berapa lama kita berada dalam deep sleep. Deep sleep adalah tidur yang amat berkualiti dan ikhlas cakap, setakat saya rekod, deep sleep saya pun hanya sekitar 2-3 jam paling maksimum.
Jadi jika kalian baru nak bermula atau dalam journey Penurunan berat badan, saya syorkan kalian dapatkan miband. Kalau sekarang dah ada versi baru miband4 yang berharga RM149. Malah miband terbaru ni punya fungsi yang lebih baik dari miband saya dulu.
Jika kalian nak dapatkan miband 4 ni bolehlah dapatkan dilazada dan belilah melalui link saya. Setiap pembelian dapat juga saya sedikit komisyen.
Ini linknya ya. - https://bit.ly/2W1TlK9
Ulasan
Catat Ulasan