ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
4 tanda usaha penurunan berat badan kalian akan berjaya
Dengan pengalaman sendiri dan pengalaman membimbing mereka yang ingin menurunkan berat badan saya dapati ada satu corak kesamaan kepada mereka yang berjaya turunkan berat badan.
Mereka yang saya bimbing ada yang telah berjaya turun 50kg dan masih dalam usaha menurunkan berat badan mereka ke BMI mereka yang normal.
Pemerhatian saya juga kepada mereka yang mempunyai keinginan tapi tiada perubahan yang berlaku, malah kategori ini lebih ramai. Mereka hanya cakap nak berubah, tapi hakikatnya mereka masih kalah dengan tuntutan diri yang lama. Mereka tidak mahu lakukan perubahan.
Mari kita kenali, apa tandanya kalian akan berjaya dapat BMI normal dalam usaha kalian.
1. Tidur awal - jika kalian dah mampu mengawal kehendak kalian terhadap gadget seperti telifon, games dan televisyen, ini adalah antara petanda paling besar kalian sedang berjaya dalam usaha menurunkan berat badan kalian.
2. Bangun awal - alarm hanya berbunyi sekali atau sebelum alarm berbunyi lagi kalian sudah bangun adalah tanda kejayaan kalian amat amat dekat. Kalian sudah berjaya merubah tabiat antara yang paling sukar dilaksanakan. Tubuh kalian malah minda kalian dah bersedia untuk menerima perubahan besar.
3. Bersenam hampir setiap hari - kalian sangat aktif, bukan sahaja ke taman tapi jika jadual kalian ketat sekali pun kalian akan mampu bersenam dirumah walaupun dengan sedikit aktiviti seperti tabata atau jump rope. Kalau tak beraktiviti sehari, kalian rasa gelisah.
4. Tiada makanan mampu merasuk nafsu makan - kalau kalian bawa anak anak ke tempat makan kegemaran family pun kalian mampu minum air sejuk dan kawal pemakanan kalian, sedangkan yang lain menikmati menu kegemaran kalian. Kalian sudah capai tahap tertinggi disiplin. Saya jika belum sampai waktu berbuka Intermittent Fasting boleh sekadar minum air kosong atau kopi kosong sahaja.
Saya perhatikan mereka yang saya bimbing semua punya ciri ciri yang saya nyatakan diatas. Cuba cek, kalian ada atau tidak ciri diatas? Kalau dah ada, bersabarlah, masanya tak lama lagi kalian akan capai matlamat kalian.
Kalau banyak lagi tak ada ciri ciri diatas, berusaha lagi. Jangan berhenti. Kerana ciri ciri diatas bukanlah terjadi dalam masa sebulan dua, ianya satu hasil dari perubahan perubahan kecil yang dilakukan setiap masa.
Tahniah saya ucapkan kepada yang dah ada ciri tersebut!

Ulasan
Catat Ulasan