Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

4 JENAMA UBAT KURUS YANG CONFIRM MENJADI.

4 JENAMA UBAT KURUS YANG CONFIRM MENJADI. 
Jom hari ni saya nak kongsi tentang UBAT KURUS yang mujarab. Malah saya lihat, dan saya alami sendiri. Tak perlulah beli ubat kurus macam pil, serbuk atau teh. Atau nak pergi rawatan wrap tubuh. 

Saya akan dedahkan hari ni satu benda yang saya jarang kongsikan. 

JENAMA 1. Banyakkan/cukupkan minum air kosong.
Kenapa - tubuh adalah 60% air dan air yang mencukupi akan bantu tubuh berfungsi dengan baik. Minum air kosong juga sebagai penahan perasaan lapar. Bila kita dahaga, pada kebanyakan masa signal dahaga akan disalah tafsir sebagai lapar oleh otak. Sebab tu kita akan makan lebih banyak. Wal hal kita hanya dahaga. Hal ini ada kajian dan telah dibuktikan. 

JENAMA 2. Jangan malas.
Banyakkan bergerak dari menghadap fon atau tv. Buat kerja rumah atau kerja pejabat. Aktiviti NEAT (Non-exercise activity thermogenesis) atau pergerakan harian bukan senaman adalah penyumbang besar pembakaran kalori setiap hari. Contoh, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, berjalan. 

JENAMA 3. Tidur yang mencukupi. 
Ini juga ubat kurus yang mujarab. Banyak peel pemakanan kita yang berlebihan, cenderung untuk makan makanan manis adalah disebabkan hormon kita tak stabil. Ia disebabkan kita tidur lewat dan bangun lewat. 

JENAMA 4. Ubah tabiat Makan
Boleh makan nasi pun, cuma sukat nasi kalian dengan sifir sebesar genggaman setiap kali makan. Dan lebihkan makan sayur dan sumber protein. Ini dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh yang membantu kalian membakar lebih banyak kalori kalian. 

Dan jangan mudah percaya dengan apapun produk kurus di luar sana. Sebab apa pun produk yang ada, akhirnya kembali kepada asas juga. Mereka yang menjual produk kurus akan minta kalian jaga makan untuk membuktikan produk mereka berkesan.

Maaf saya mohon jika kalian yang baca ni kecewa sebab saya sebut JENAMA. Dan percayalah kalau kalian masih cari satu ubat atau supplemen untuk bantu kalian kurus, maksudnya kalian belum punya mentaliti yang betul untuk turunkan berat badan.

Kawan kawan, kejayaan nak dapat BMI normal ni punya jalan yang simple. Cukup 4 hal diatas kalian boleh kurus walaupun sekarang obes tahap 4. Saya pun begitu dulu. 
Tapi ianya akan berhasil dengan kalian mampu buat hal simple diatas secara istiqamah. Ya, konsisten. Lakukan selama setahun kalau nak tahu? Pasti berat kalian akan turun. 

Ok kita cuba kira secara ringkas. Rujuk gambar di bawah.
nampak tak, kalau puan konsisten selama 8 bulan lagi, maksudnya raya nanti kalian berpeluang turun sehingga 32kg jika penurunan 4kg sahaja sebulan. Cuba tolak berat kalian sekarang. 

Kalau ada yang berat 100, dah jadi 68kg! Osem tak? 

Jadi kawan kawan, bermulalah hari ni dengan 4 hal simple yang saya kata jenama di atas tadi. Istiqamah dan tengok, raya nanti kalian akan berterima kasih kepada saya. 

Tapi, istiqamah lah paling susah.
Betul! Kalau ia mudah dah ramai orang gemuk tiada di dunia. 

Sebab tu saya urus satu program yang ingin membantu kalian untuk buat sama sama dibawah bimbingan saya. 
Jika kalian mahu terus istiqamah, bermula juga dengan ilmu dan pengalaman, saya akan bantu kalian. 

InsyaAllah Misi Ubah akan buat kalian konsisten dan berubah seperti mereka.

Nak tahu detail Misi Ubah? Teruskan bacaan di sini - MISI UBAH 




Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7