Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Metabolisma dalam bahasa mudah dan cara memanfaatkannya

Metabolisma, pentingkah untuk menurunkan berat badan.


Sebelum saya terangkan isu ini saya nak maklumkan terus, artikel ini akan ditulis dengan bahasa mudah tanpa penjelasan sains yang rumit untuk difahami. Jika kalian nak penjelasan yang ada kajian sains yang berbelit belit sila cari di carian google. Penjelasan saya ini adalah untuk orang yang biasa biasa dan mereka yang benar benar mahu turunkan berat badan.

Seringkali kita dengar ayat ini jika kita ingin menurunkan berat badan, boleh dikatakan kesemua guru dalam bidang penurunan berat badan akan sentuh bab ini. Ini menjadikan isu metabolisma ialah salah satu isu yang penting dalam usaha seseorang untuk menurunkan berat badan.

Apa sebenarnya Metabolisma ini? saya terangkan cara mudah faham ya.Lebih tinggi kadar Metabolisma anda akan lebih banyak kalori yang dibakar, jadi kadar metabolisma yang tinggi akan membantu proses penurunan berat badan.

Apa yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang? Kenapa ada yang tinggi dan ada yang rendah? Kadar metabolisma seseorang tertakluk kepada 6 perkara.
1. Genetik
2. Umur
3. Berat badan
4. Pemakanan
5. Aktiviti harian
6. Gaya hidup

2 antara 6 perkara diatas tidak mampu dikawal oleh kita yakni genetik dan umur. Semakin kita bertambah usia semakin kadar metabolisma kita akan menggurang, ini adalah fakta dan ada penjelasan sains.

4 antara faktor metabolisma diatas adalah sesuatu yang kita boleh kawal. Berat badan, pemakanan, aktiviti harian  dan gaya hidup. Jadi untuk meningkatkan kadar metabolisma kita haruslah mengawal 4 faktor tersebut.

Jadi saya berikan 7 tips untuk meningkatkan kadar metabolisma badan dan sekali gus dapat menurunkan berat badan kalian.

1. Buat Senaman Bebanan 
Metabolisma sebenarnya bergantung kepada berapa banyak otot yang kita ada berbanding lemak. Sebab itu pada usia yang meningkat kadar metaboslisma kita akan menurun. Otot kita akan hilang sesuai dengan umur yang meningkat.

"setiap 454g otot akan membakar 35 - 50 kalori sehari manakala setiap 454g lemak hanya membakar sekitar 5 - 10 kalori sehari"

masukkan 3 kali dalam seminggu aktiviti mengangkat bebanan adalah bagus untuk meningkatkan otot yang akan membantu kalian membakar lebih banyak kalori sekali gus dapat menurunkan berat badan kalian.

Senaman bebanan ini bukan sahaja pergi ke gym, kalian boleh buat dirumah seperti push up dan squat atau kalian boleh membeli alatan seperti dumbell ataupun hanya resisitance band (dapatkan resistance band yang saya guna disini - https://t.productlink.io/a4119q )

2. Lakukan HIIT (High-intensity interval training)
Melakukan senaman dengan kaedah HIIT yang mana memerlukan penggunaan tenaga dengan membuat senaman dengan cepat dan kuat akan menyebabkan tubuh memerlukan oksigen yang lebih dan dengan ini akan membakar lebih banyak kalori.

300 kalori yang dibakar oleh aktiviti HIIT hanya memerlukan separuh masa yang digunakan oleh aktiviti kardio untuk membakar jumlah yang sama iaitu 300 kalori dengan berjogging dalam sama sejam.

Malah aktiviti HIIT akan menyebabkan kadar metabolisma badan kalian membakar kalori sehingga 36 jam setelah aktiviti, maka lebih banyak kalori dibakar maka ia tidaklah disimpan menjadi lemak di dalam tubuh.

3. Makan lebih banyak Protien
Bagi tubuh kita mencerna makanan yang kita makan, proses itu juga memerlukan tenaga atau kalori. Makanan yang berasaskan protien memerlukan tenaga yang banyak untuk dihadam, inilah sebabnya mengambil protien dalam setiap hidangan akan meningkatkan kadar metabolisma badan.

4. Minum Kopi Kosong (faberet saya ni)
Kajian menunjukkan kopi dapat meningkatkan sehingga 3-11% kadar metaboslisma badan. Disebabkan itulah jika kalian tengok kebanyakkan Fat Burner yang dijual adalah berasaskan kopi.

Jadi dari membeli fat burner adalah lebih baik kalian minum kopi kosong yang ternyata lebih murah, mudah dan lebih meyakinkan dari bahan bahan lain dalam fat burner. Tapi jika kalian nak guna juga fat burner sebenarnya tak salah. Pilihan masing masing.

Tapi jangan pula ingat ambil kopi sahaja sepanjang hari akan menurunkan berat badan kalian, usaha usaha lain harus dibuat dalam tindakan supaya kalian dapat hasil penurunan berat badan.

Malah minum kopi sebelum bersenam mampu menambah kualiti workout dan meningkatkan kadar metabolisma kalian.

5. Bergerak dengan lebih banyak.
Saya tahu akan ada mereka yang tak punya masa untuk buat apa yang sarankan diatas seperti buat HIIT dan buat senaman bebanan. Tapi itu bukanlah alasan untuk kalian tak mengambil kesempatan meningkatkan kadar metabolisma badan kalian dengan cara berjalan, mengemas rumah, atau apa saja aktiviti termasuk memilih tangga dari menaiki lift di pejabat kalian.

Malah saya sarankan setiap kalian yang nak turunkan berat badan berjalan sekurang kurangnya 10,000 langkah sehari. Aktiviti ini sahaja mampu membuatkan anda lebih aktif dan mungkin akan memberi semangat untuk kalian berworkout dirumah dengan menggunakan resistance band - https://t.productlink.io/a4119q

6. Minum Air Secukupnya.
Sifirnya senang, tubuh kalian perlukan air untuk memproses setiap kalori untuk dibakar. Tubuh yang kering air atau dehydrated akan memperlahankan kadar metabolisma badan .

Tips untuk minum air yang secukupnya cara saya adalah dengan minum segelas air kosong selepas bangun tidur dan seterusnya segelas air kosong selepas saya buang air kecil dan sebagai tambahan segelas air kosong sebelum makan dan selepas saya makan. Air kosong yang mencukupi juga akan mengelakkan kita dari makan banyak sebab perut telah dipenuhi oleh air.

Cuma elakkan minum minuman yang bergula ya.

7. Tidur awal dan berkualiti
Tidur adalah sesuatu yang amat penting dalam pengurusan kesihatan dan berat badan. Tidak mendapatkan rehat atau tidur yang mencukupi akan menganggu kestabilan hormon hormon dalam tubuh.

Antara hormon yang terganggu adalah hormon yang mengawal perasaan kenyang iaitu Leptin dan mengaktifkan hormon lapar iaitu Ghrelin. Dua hormon ini saja jikatidak stabil akan membuatkan seseorang makan dengan lebih banyak kerana tidak rasa kenyang dan akan sentiasa lapar.

Metabolisma tubuh kalian adalah tanggungjawab kalian. Kalian boleh tentukan dengan melakukan saranan saranan diatas dan mampu untuk keluar dari masalah kegemukan atau obesiti.

Lakukan perubahan perubahan diatas dengan perlahan lahan, tak perlu lakukan semuanya dalam masa sehari. Dengan cara, ilmu dan mentaliti yang betul kalian akan dapat meningkatkan kadar metabolisma badan kalian dan sekali gus bebas dari belenggu obesiti. 

dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7