Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Saya seorang Obesiti

30 tahun sebagai individu yang obesiti rasanya melayakan saya dipanggil pakar. Saya obesiti dari tadika lagi. Saya masih ingat antara kawan kawan saya di tadika peramu Pahang, sayalah yang paling besar.



Kemarin saya berborak dengan seorang kawan, dia antara kawan yang kenal saya dengan penampilan baru yang tidak obesiti. Dia kawan baru. Dia tidak tahu pasal kejayaan saya menurunkan berat badan.

Duk berborak keluar satu tajuk berkaitan obesiti. Dia mula kongsikan cerita dia bersama seorang sahabat yang obesiti. Satu persatu cerita berkaitan bagaimana cabaran seorang yang bertubuh besar.

Dia ceritakan kesukaran dia kalau tidur sebilik dengan sahabat dia, mana tidaknya. Berdengkur kuat. Sampai ada satu tahap dia kena keluar bilik dan kebilik lain. Saya mengangguk tanda setuju kerana saya tahu, saya pun begitu. Saya selalu tanya wife tentang tidur saya, memang dia iyakan yang saya kuat berdengkur. Mujurnya isteri saya penyabar dan tetap tidur disebelah walaupun saya kuat berdengkur.

Dia buka satu cerita baginya sangat lucu. Sahabatnya masuk kekedai makan untuk makan tengahari. Kebetulan masa tu time rehat bekerja. Sahabat dia yang singgah ke kaunter dahulu sebelum duduk datang merapati meja makan. Tiba tiba seluruh pelanggan kedai terkejut dengan bunyi prakkk dab laungan aduh yang sangat kuat. Sahabatnya yang duduk diatas kerusi plastik jatuh disebabkan kerusi plastik pecah. Dia terus angkat sahabatnya yang tak mampu berdiri sendiri dan terus doublekan kerusi utknya. Keesokan harinya dia ketawakan peristiwa yang berlaku sebab katanya dia kesian nak ketawa masa hari kejadian.

Saya menyampuk. Saya diketawakan oleh hampir kesemua pelanggan kedai semasa saya belajar dulu. Masa saya patahkan kerusi dan jatuh, terus diketawakan! Dia terkejut dengan cerita saya. Yup saya pernah hadapi peristiwa yang sama. Kawan kawan yang tengok kejadian tu terus ketawa sbb bagi mereka ianya melucukan. Pada masa tu saya hanya mampu senyum dan teruskan makan seperti biasa.
Malu tu malu, mana tak malu presiden MPP pecahkan kerusi dan jatuh ketanah ketika makan.

Saya percaya, mereka yang obesiti diluar sana, yang baca post ini pernah melalui situasi begini. Sebab ianya sangat mudah berlaku. Bila berat berlebihan, kerusi plastik tidak dapat menampung berat tersebut.
Ini tak termasuk saya patahkan tempat sandar kerusi plastik, mungkin tak terhitung banyaknya.

Bagi yang pernah alami peristiwa ni, saya faham apa yang kalian lalui walaupun sekarang berat badan saya dah normal. Sebab tu setiap hari saya seru kalian untuk buat langkah pertama untuk berubah. Seruan setiap hari ini bukan untuk apa, untuk menyedarkan kalian bahawa sebesar mana pun kalian, kalian mampu berubah!

Perkongsian ikhlas dari bekas obesiti dengan berat 135kg. Mohamad faizal Bin Saedon.

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7