ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
7 CHECKLIST NAK BERMULA TURUNKAN BERAT BADAN.
1. TIMBANG BERAT BADAN
Ramai yang bermula tanpa tahu berapa berat badan mereka ketika bermula. Dengan mengetahui berat badan sekarang akan memudahkan kita memantau progress penurunan berat badan.
2. BERMULA DENGAN UBAH CARA PEMAKANAN.
Ramai antara kita bila datang seruan supaya turunkan berat badan akan terus ingat perlu ke taman untuk berjoging atau ke gym. Sebenarnya perkara paling penting adalah dengan mulakan jaga makan.
Malah formula penurunan berat yang popular mengatakan penurunan berat badan adalah 80% pemakanan dan hanya 20% aktiviti bersenam.
3. BERHENTI ATAU KURANGMAN SECARA PERLAHAN GULA DALAM MINUMAN.
Mungkin kalian dah banyak kali dengar tentang bahaya gula, tapi saya nak kongsikan dari sudut lain. Gula adalah satu sumber kalori yang padat. 1 sudu teh gula sahaja bersamaan 16 kalori. Katakan kalian ambik 3 sudu gula dalam teh kalian, ianya dah jadi 48 kalori. Ianya sangat tinggi dan tidak berbaloi. Sama juga dengan susu pekat manis, lebih 3 sudu untuk memaniskan air, maka lebih banyak kalorinya.
Dengan 48 kalori hanya untuk air sahaja yang tiada nutrisi lain adalah amat merugikan. Dengan kalori sebanyak itu kalian kena berjalan selama 20minit untuk membakarnya.
4. PILIH MAKANAN YANG LEBIH SIHAT.
Hindari secara perlahan jajan, aiskrim, coklat atau lebih mudah makanan yang diproses. Lebihkan makan makanan yang semulajadi dan segar, sayuran, buah buahan dan kekacang bagi mengganti makanan tadi. Bukanlah pengharaman total, boleh jea makan tapi dalam keadaan beringat dan bersederhana.
5. AKTIFKAN DIRI. BUKAN UNTUK JADI ATLET.
Mulakan aktifkan diri dengan perkara-perkara yang kecil, seperti berjalan, mengemas rumah dan secara perlahan lahan tambah baik aktiviti dengan berjoging atau memilih sukan yang kalian gemari.
6. URUS STRESS DENGAN BAIK
Jika kalian perasan, semua tips diatas ada perkataan perlahan lahan. Ini adalah kunci kepada kejayaan kalian untuk turunkan berat badan. Dengan melakukan langkah langkah tersebut tanpa tekanan kebarangkalian kalian konsisten amat tinggi. Dan dengan konsistenlah sebenarnya hasil akan berlaku.
7. TAMBAH BAIK KUALITI TIDUR
Ya, perbaiki tidur kalian. Malah tidur adalah kunci kepada pengawalan hal hal diatas. Mungkin kalian pelik, tidur begitu besar impaknya untuk turunkan berat badan? Alasannya mudah, sains membuktikan dengan tidur yang berkualiti hormon tubuh akan seimbang. Dengan seimbangnya hormon dalam badan, banyak perkara baik akan berlaku dengan baik secara automatik.
Ini merupakan tips dari pengalaman saya sendiri yang turun 65kg dalam masa setahun. Dan dengan tips ini sudah ramai yang juga berjaya turunkan berat badan mereka.
Ingat, setiap hari kita dihidangkan dengan pilihan. Pilihan yang akan ada 2 hasil yang berbeza. Pilihlah dengan bijak dan lakukanlah dengan perlahan lahan. Moga usaha kalian berjaya.
Nak lakukan 7 perkara diatas dengan bimbingan saya dan secara berkumpulan supaya kalian tetap konsisten dalam usaha ni. Saya jemput kalian untuk bersama saya dalam circle Misi Ubah.
Untuk ketahui detail Misi Ubah kalian klik di - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
Jadi seperti mereka yang telah konsisten bersama saya dalam circle Misi Ubah
Ulasan
Catat Ulasan