Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Tiada Rahsia Nak Kurus

 SEBENARNYA HAMPIR SEMUA ORANG TAHU BAGAIMANA NAK TURUNKAN BERAT BADAN.



Ramai yang tanya macamana saya kurus. 

Saya jawab tak ada yang pelik. Tanpa ubat kurus, pil, teh atau krim. 




Mereka seolah tak percaya. Saya cakap control pemakanan dan sedikit bersenam. 


Satu matlamat yang semua manusia yang hidup atau yang sudah mati atau yang akan datang pasti impikan dalam hidup mereka adalah kesihatan.


Tiada manusia yang mahu sakit, betul tak?


Dan..


Setiap manusia tahu untuk sihat ada 2 perkara mereka kena buat iaitu jaga pemakanan dan melakukan aktiviti sihat (banyakkan aktiviti harian) secara konsisten.


Tapi..


Kenapa tidak semua orang kejar dan buat semua tu? Sedangkan mereka punya matlamat yang sama dan tahu itulah caranya!


Kenapa..


Kerana dengan tahu cara atau langkah itu sahaja tidak mencukupi! 


Jadi, apakah yang akan buat seseorang itu buat apa yang mereka tahu dan impikan?


Mind set atau Mentaliti. 


Ramai orang pandang rendah hal Mentaliti ni, tak nak belajar sebab rasa tak penting. Sebab itu ramai yang lebih sudi membayar kelas ilmu diet dan bersenam tapi tidak belajar bagaimana menguasai minda mereka. 

Padahal, ilmu dan kelas workout mereka akan hanya sia sia bila hanya ada ilmu tapi tak praktikan. Kuasa mentalitilah yang memastikan mereka Konsisten. 

Contohnya bila mentaliti berkenaan masa dapat di terima secara holistik. Anda tidak akan lagi nak lakukan perubahan drastik yang selalu menggagalkan usaha kalian. 

Cuba renung, betul tak cakap saya? 

Dan komponen mentaliti ni ada banyak selain memahami bab masa. Hal inilah yang menyebabkan akhirnya saya berjaya turun 65kg walaupun gemuk dari sekolah rendah lagi.



Malah ilmu mentaliti ni saya dah turunkan kepada ramai, dan antara mereka yang berjaya saya tunjuk dibawah






Ini antara yang dah berjaya dengan bimbingan dan pemantauan saya. Group saya tak tekankan diet apa yang kalian nak pilih untuk amalkan. 

Tak perlu buat satu senaman yang kalian tak suka pun.

Hanya memberi core kepada kekuatan mental supaya apapun pilihan diet dan aktiviti yang kalian nak buat, dapat kalian buat secara konsisten. 


Jika kalian berminat nak sertai saya dan team. Untuk menyelesaikan masalah Obesiti kalian bersama kami. Saya jemput kalian untuk sertai Misi Ubah. 


Dapatkan detail misi ubah di - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula





 

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...

5 Aktiviti Mudah Bagi Mereka Yang Baru Nak Berubah Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik

 5 Aktiviti Mudah Bagi Mereka Yang Baru Nak Berubah Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik Tak perlulah ke gym atau taman. Buat dirumah sahaja. Antara 5 saranan yang baik untuk mereka yang baru nak bermula adalah  1. berjalan atau berbasikal sekitar kawasan rumah. Tak perlu pergi jauh pun, round blok perumahan atau sekitar kampung pun dah cukup.  2. Jumprope atau skipping. Ini aktiviti kegemaran saya, depan rumah jea setiap petang bersama anak anak. Boleh usha tali yang saya pakai kat sini - https://shp.ee/f44a7jh 3. Bermain badminton bersama anak anak. Mudah dan tak perlu court yang khusus. Guna basikal sebagai net pun dah memadai. Macam tak biasa buat.  4. Menari bersama anak anak (banyak video menari dengan step yang mudah dalam YouTube) 5. Kemas rumah, ops ini pun senaman ke? Walaupun ianya tidak dikelaskan sebagai senaman, tapi aktiviti mengemas rumah membakar kalori yang banyak. Ianya jika dilakukan juga memberi impak positif kepada kesihatan fizikal dan mental. Jadi,...