Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Nak Kurus Fokus Keutamaan Yang Betul

KUASAI PEPERANGAN MINDA: SYARAT WAJIB TURUNKAN BERAT BADAN.

Pilih keutamaan yang betul! 



Ramai yang fikir bila nak turunkan berat badan mereka perlu lakukan senaman dan mula menjaga pemakanan. Ya, ia tak salah tapi ia bukanlah cara yang tepat. Cuba ingat cubaan cubaan kalian yang dulu. Kenapa ianya gagal? 


Ya, jaga makan dan beraktiviti adalah satu keputusan yang baik. Malah penurunan berat badan juga secara sains adalah berkait dengan aktiviti pemakanan yang baik dan bersenam. Tapi ianya tak dapat dilakukan dengan mudah. Mereka yang dah cuba, tahu betapa susahnya nak jaga pemakanan dan bersenam secara konsisten. 


Sebab itu saya lebih tekankan berkenaan Mentaliti. Kerana walaupun fakta sains menyatakan berat badan kita adalah berkaitan kalori masuk dan keluar dari tubuh kita melalui pemakanan dan aktiviti. Tapi sebenarnya satu elemen yang mengawal setiap kalori masuk dan keluar lebih susah nak dilentur iaitu minda kita! 


Sama ada nak pilih A atau B? Baik atau buruk? Bermanfaat atau tidak? Makan banyak atau makan berpada? Nak bersenam atau tidak? Ianya terletak kepada kekuatan mental kita memilih sesuatu yang lebih tepat. Pilihan kita terlampau banyak. Dan apa yang berlaku kepada tubuh kita sekarang adalah keputusan keputusan yang minda kita telah pilih dahulunya.


Jika tubuh kita sekarang obes, ianya adalah terhasil kerana keputusan kita yang gagal memilih sesuatu yang lebih baik. 


Malah, peperangan minda dalam membuat keputusan sebenarnya tak pernah berkesudahan. Saya yang telah berjaya turunkan berat badan pun menghadapi pilihan pilihan yang sama setiap hari sepertimana kalian. 


Sebab itu, memiliki Mentaliti Turunkan Berat Badan yang betul adalah satu kunci terpenting dalam usaha menurunkan berat badan, maintain berat badan dan penambahbaikan kualiti kehidupan seharian. 


Kunci ini saya terangkan dalam satu kursus yang saya bina melalui pengalaman saya, dan mereka yang telah saya bimbing dalam usaha mereka turunkan berat badan. Saya amat sarankan kalian yang telah beratus kali berazam tapi gagal dapatkan kursus ini.


Malah penerangan Mentaliti ini saya gabungkan dengan program bimbingan minima 12 bulan dengan perbagai aktiviti seperti pertandingan dalaman untuk memastikan kalian konsisten. 


Menguasai pilihan adalah kunci kejayaan, pastikan kalian tahu langkah seterusnya untuk keluar dari masalah obesiti. 


Butiran mengenai cara menyertai Program Misi Ubah sila klik di sini - MISI UBAH 




Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7