Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

7 Amalan Saya Pulih Dari Penyakit Darah Tinggi



47.7% Rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas mengalami masalah berat badan berlebihan yang merisikokan mereka mendapat penyakit peyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit kencing manis. - Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015.


Sebagai induvidu yang pernah obesiti dengan berat 135kg dan tinggi 170cm saya memang telah di disahkan oleh doctor menghidapi penyakit tekanan darah tinggi. Tapi Sebagai pemuda yang berasa sihat, saya selalu tidak percaya fakta yang saya ada masalah itu, bagi saya, saya hanya stress ditempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja. Selama beberapa tahun saya abaikan nasihat doctor untuk ambil ubat darah tinggi

Penyakit darah tinggi digelar pembunuh senyap kerana kerosakan yang berlaku kepada organ tubuh berlaku secara perlahan dan senyap, penghidap penyakit ini tidak merasa apa apa kesakitan sehinggalah tiba satu masa organ seperti buah pinggang gagal berfungsi. Mujurlah saya tidak sampai ketahap itu lagi. Tapi abang kandung saya yang punya masalah tidak senasib dengan saya, beliau telah mengalami strok dan punya kerosakan minor buah pinggang, ianya adalah kerana abaikan nasihat doktor untuk mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.


Bagaimana saya buat? saya akan kongsikan cara saya tapi terlebih dahulu jika kalian punya berat badan berlebihan atau obesiti saya nasihat dengan tegas kalian pergi jumpa doktor dan pastikan samada kalian ada masalah ini atau tidak. Pergi ke Klinik dan buat temu janji selama 7 hari untuk cek tekanan darah setiap hari, jika positif makan ubat sepertimana yang disarankan oleh doktor. Makan ubat tersebut, saya tekankan walaupun kalian nak amal tips dari saya jangan sesekali tinggal ubat darah tinggi.

Apa yang saya amalkan


1. Saya tinggalkan gula dalam minuman - Apa kaitan gula dan tekanan darah? mesti itu yang kalian fikirkan, bagi saya mudah, saya ada masalah tekanan darah tinggi ni kerana tubuh saya punya berat berlebihan(obesiti) saya kena turunkan berat badan untuk normalkan tekanan darah saya.


2. Jaga portion pemakanan saya - alasan seperti diatas, saya kena turunkan berat badan.


3. Kurangkan pengambilan garam - saya mula makan dengan bijak, bukan tak boleh lansung tapi saya kawal. saya elakkan makan makanan yang tinggi garam. Elakkan makan :-
- segala makanan dalam tin (semua makanan dalam tin punya kandungan garam yang tinggi untuk mengekalkan ketahanan makanan tersebut)
- Segala makanan dalam botol (sama seperti diatas, segala sos, kicap saya elakkan)
- tinggalkan ikan masin dan telur masin. (sangat jelas ianya punya garam yang sangat banyak)



4. Mula bersenam secara konsisten - hanya dengan berjalan dan berjogging, 3 kali seminggu secara konsisten, bukan saja dapat bakar lemak untuk turunkan berat badan, tapi bersenam memberi kebaikan kepada organ dan pengaliran darah.


5. Mula jaga tidur - saya akan pastikan saya tidur minima 7 jam sehari pada waktu malam. Tidur adalah ubat paling mujarab untuk tubuh, semasa kita tidur tubuh masuk fasa penyembuhan sendiri dan ia amat baik jika kita tidur dengan cukup.


6. Saya amalkan suplimen fish oil - ini adalah saranan dari doktor dan minyak ikan memang antara suplimen yang baik untuk membetulkan masalah tekanan darah tinggi, cuma pesanan saya jangan hanya ambil tips ini dan tinggalkan tips yang lain. buat semua tips. Jangan hanya fikir dengan makan suplimen masalah kalian akan terkawal. itu salah!


7. Beli mesin tekanan darah tinggi dan monitor sendiri dirumah - ini juga amat penting, bila kita dapat memeriksa sendiri tekanan setiap hari, kita akan dapat tahu mana kesilapan dan kekalkan semangat untuk berusaha kekalkan momentum usaha kita.


Inilah tips yang saya amalkan untuk bebas dari masalah tekanan darah tinggi, sepertimana yang saya sarankan jika kalian punya masalah berat badan berlebihan kalian kena amalkan tips ini, tak semestinya kalian disahkan atau tidak oleh doktor menghidap penyakit ini. Kerana jika kalian obesiti risiko kalian untuk dapat penyakit ini amat besar. Mulakan sekarang walaupun kalian belum disahkan sebagai pesakit darah tinggi.






Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7