Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...

Takut dan Malu Nak Berubah

Pernah tak rasa takut dan malu buat sesuatu?
Saya dulu selalu :-

- Nak start jogging atau berjalan kat taman sedangkan tubuh  lebih 100kg dan rasa semua mata memandang saya.

- Nak ke gym, pun rasa yang sama. rasa tidak selesa seperti orang lain tengah mengutuk kehadiran saya.

- Nak nyatakan pendapat dalam perjumpaan tapi banyak halangan diri sendiri.

- Nak tanya soalan sebab kurang faham dalam majlis, pendam takut orang cakap macam macam.

- Nak kongsi pendapat atau peluang dalam fb pun delete memanjang, takut penilaian orang lain terhadap pendapat saya. 

- Nak buat video kat youtube, kongsikan pengalaman. Tapi takut orang kutuk dan tak dapat sambutan. 

Ingat tak? Kita semua pernah disituasi ni. Kita membenarkan diri sendiri menilai kita sendiri dari kaca mata orang lain.
Kita melemahkan diri sendiri dengan nilaian kita sendiri. Orang lain yang kita rasa menilai kita mungkin tak fikir apa apa pun tentang kita. 

Kita tenggelam dalam ilusi sendiri yang melemaskan kita untuk mencapai versi terbaik diri kita.

Ada banyak cara mengatasi masalah ni, tapi hari ni saya nak tulis yang paling terkesan pada diri saya dan saya rasa juga pada kalian. 

1 cara mengatasi phobia kepada pendapat orang lain terhadap kita adalah

KITA HANYA ADA HAYAT INI SAHAJA, KEHIDUPAN INI SAHAJA DAN KITA BERHAK JADI YANG TERBAIK. 

Mengapa pendapat orang lain yang negatif itu dipedulikan? Sedangkan kita berhak keatas diri dan kehidupan. Kita bukan mario dalam gamebox dulu yang kalau dah mati boleh hidup balik. Hanya kita yang mengetahui dan mahukan apa yang kita idam.

Jadi mulai hari ini, Jika kalian berdepan dengan sesuatu yang saya nyatakan diatas, lakukan sahaja! Nyahkan tanggapan negatif diri sendiri terhadap diri kita sendiri. Just do it! 

Ya sebenarnya ianya hanya tanggapan kita semata. Kita rasa semua orang tengah tengok kita, lebih dari tu, kita rasa mereka mengutuk kita. 

Walhal hal itu hanya mainan fikiran kita semata. Percayalah, itu sangkaan buruk kita tentang orang lain, sedangkan mereka tak nilai, tak cakap apa apa pun. 

Jom dapatkan bimbingan selama minima 12 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan dalam program Misi Ubah.


. 

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...

5 Aktiviti Mudah Bagi Mereka Yang Baru Nak Berubah Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik

 5 Aktiviti Mudah Bagi Mereka Yang Baru Nak Berubah Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik Tak perlulah ke gym atau taman. Buat dirumah sahaja. Antara 5 saranan yang baik untuk mereka yang baru nak bermula adalah  1. berjalan atau berbasikal sekitar kawasan rumah. Tak perlu pergi jauh pun, round blok perumahan atau sekitar kampung pun dah cukup.  2. Jumprope atau skipping. Ini aktiviti kegemaran saya, depan rumah jea setiap petang bersama anak anak. Boleh usha tali yang saya pakai kat sini - https://shp.ee/f44a7jh 3. Bermain badminton bersama anak anak. Mudah dan tak perlu court yang khusus. Guna basikal sebagai net pun dah memadai. Macam tak biasa buat.  4. Menari bersama anak anak (banyak video menari dengan step yang mudah dalam YouTube) 5. Kemas rumah, ops ini pun senaman ke? Walaupun ianya tidak dikelaskan sebagai senaman, tapi aktiviti mengemas rumah membakar kalori yang banyak. Ianya jika dilakukan juga memberi impak positif kepada kesihatan fizikal dan mental. Jadi,...