Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

REALITI YANG BAHAYA DI BULAN NOVEMBER.

 Realiti Yang Bahaya Di Bulan November. Bagi Yang Nak Turunkan Berat Badan. Ramai yang tak sedar bulan November dan Disember adalah antara bulan paling bahaya bagi mereka yang nak turunkan berat badan. Jika ditanya kepada mereka yang besar atau gemuk ada beberapa masa yang ditakuti oleh mereka, dan biasanya ialah Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidil Adha dan bulan puasa.  Kenapa takut kepada hari-hari tersebut, ini kerana hari-hari tersebut menyajikan makanan-makanan yang sangat mereka idamkan.  Secara logiknya hari-hari tersebut akan menyebabkan mereka makan dengan lebih banyak dan berat badan mereka akan naik secara mendadak. Tapi tak ramai yang sedar sebenarnya bulan November dan Disember pada akhir setiap tahun adalah masa yang paling bahaya bagi mereka yang nak turunkan berat badan. Hujahnya ialah mereka ada satu kepercayaan yang sangat kukuh bahawa mereka akan mula untuk usaha turunkan berat badan pada bulan Januari. Jadi berbaki dua bulan terakhir ini mereka mengambil kesempatan

6 SEBAB KENAPA PRODUK YANG CLAIM DAPAT KURUSKAN BADAN MASIH LAKU KERAS?

 6 SEBAB KENAPA PRODUK YANG CLAIM DAPAT KURUSKAN BADAN MASIH LAKU KERAS?  Tea detox, kopi songkok, herba pahang, herba johor, air hijau, air merah, bengkong bermacam pesen, jel sapu sapu hilang lemak, sangat mendapat sambutan dari individu yang nak turunkan berat badan?  Kenapa mudah terpedaya? Sanggup bayar beratus dengan niat mengamalkannya dapat selesaikan masalah kegemukan?  1. Semua nak mudah! Dengan harapan hanya minum, pakai atau sapu terus lemak terbakar dan tak perlu susah susah nak jaga makan dan bersenam.  2. Nak cepat, ada yang fikir produk kurus ni mempercepatkan proses penurunan berat badan. Walhal tidak pun.  3. Tiada ilmu. Sebab ketiga seseorang mudah terpedaya.  4. Mudah terpengaruh. Bila yang promote tu artis, influencer terus percaya. Walhal yang promote tu artis dah sedia cantik pun masih percaya. Yang ni tak boleh brain.  5. Tak belajar dari pengalaman. Walhal dah beberapa kali beli dan tak jadi. Tapi bila ada produk baru, beli lagi.  6. Kita percaya keajaiban. Pas

5 Tips Mengatasi Sikap Tangguh

5 Tips Mengatasi Sikap Tangguh 1. Usah Bebankan Diri Dengan Overthinking Sikap bertangguh sering disebabkan oleh berfikir secara melampau. Bila nak mulakan usaha yang baik untuk turunkan berat badan mulalah fikir hal teknikal diet, nak kena ada ilmu yang tinggi tentang makanan dan aktiviti senaman apa. Ini satu kesilapan paling buruk.  Nak diet jea mula kena google cari ilmu diet apa kena buat, masa cari terjumpa iklan ubat kurus. Terus percaya dan beli. Kenapa hal ni berlaku? Kerana cari maklumat yang tak sepatutnya. Nak mulakan usaha nak kurus, tak perlu ilmu khusus dan pelik pun.  2. Mudahkan Urusan Jangan kompleksitikan urusan. Ringkaskan langkah-langkah dan tumpukan perhatian kepada tugas yang paling penting. Ini akan membantu mengurangkan beban dan meningkatkan produktiviti. Sesimple itu jea sebenarnya.  Contohnya, tumpu dulu kepada baiki tabiat pemakanan yang menggemukkan. Permudahkan! Bukan perlu tahu diet apa kena buat, bukan perlu ada app kira kalori, bukan perlu beli supple

NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS

  NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS Adoi, ada kena mengena ke ikhlas dengan nak kurus? Baca dan anda akan faham. Hari ni saya nak ulas bab ni. Supaya usaha kalian membuahkan hasil. Supaya kalian mampu keluar dari obesiti sepertimana saya telah berjaya.  Percayalah kalian akan benar benar dapat keluar dari berat badan sekarang ke BMI Normal jika kalian IKHLAS dalam usaha menurunkan berat badan. Ok, jom kita ulas apa maksud ikhlas terlebih dahulu. IKHLAS membawa maksud kita memberi atau melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Kalau kita bagi sedekah, kita tak harap orang tu balas dengan apa apa.  Seperti juga dengan nak kurus. Tugas kalian adalah ikhlas dengan proses penurunan berat badan. Kalian dah tahu asas menurunkan berat badan yakni jaga makan dan aktifkan diri.  Jadi, tugas kalian adalah lakukan perubahan tersebut tanpa mengharapkan keputusannya! Pelikkan? Ya agak pelik tapi ini realiti! Cuba ingat kembali kenapa kalian gagal dalam percubaan terakhir kalian nak kurus? Se

Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita

 Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita Saya pernah percaya saya adalah insan yang ditakdirkan untuk gemuk sepanjang hidup saya, malah saya yakin saya akan gemuk sampai saya mati. Saya yakin ramai yang punya kepercayaan seperti saya. Anda pun sama.  Kegagalan kita mencapai impian kita banyak bergantung kepada kepercayaan kita. Perkataan Limiting Belief atau mengehadkan kepercayaan diri kita sangat besar impaknya kepada tindakan dan hasil yang kita perolehi. Sebenarnya limiting belief berlaku secara tersusun, sebab itu untuk memecahkan temboknya amat susah. Bagaimana limiting belief ini berlaku. Dalam penurunan berat badan sebagai contoh, kita akan percaya kita tak mampu setelah kita mencuba beberapa kali tapi gagal. Percubaan demi percubaan untuk keluar dari obesiti dan gagal menanam satu kepercayaan yang kuat bahawa kita memang di takdirkan untuk gemuk sampai bila bila. Dalam situasi kita tidak percayakan diri kita pelbagai alasan akan terbina, salah satu yang palin

Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan.

 Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan.  Kenapa susah sangat nak turunkan berat badan? Walhal ada jea setiap hari mereka yang berjaya setelah berusaha dalam satu satu tempoh yang tertentu.  Data ini bukanlah cerapan rasmi. Tapi nisbah mereka yang berjaya dengan mereka yang asyik perbaharui azam nak kurus awal tahun sangat ketara. Mungkin seorang yang berjaya nisbah 99 lagi gagal. Saya sendiri ambil masa 20 tahun lebih mencuba dan gagal.  Untuk memahami kenapa proses nak turunkan berat badan susah kalian kena faham dengan mendalam hal ini terlebih dahulu.  Dalam kehidupan kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan, dan pilihan itu ada dua jenis rasa dan dua jenis hasil yang jelas.  1. Rasa seronok dan hasilnya buruk 2. Rasa susah dan hasilnya baik RASA SERONOK DAN HASIL BURUK  Ini adalah pilihan yang amat mudah untuk dilaksanakan, malah ketika kita membuat keputusan ini kita tidak rasa terbeban lansung untuk berfikir impak atas pilihan tersebut. Pilihan ini kebiasaanya sangat menyelesakan

7 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG

 9 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG 1. Baju dan seluar dah rasa tak selesa dipakai. Ketat samada masa berdiri atau duduk. Ramai yang mengalami masalah ini tapi penyelesaian yang mereka ambil adalah dengan mencari baju yang lebih besar. Ini kesilapan utama yang buat mereka lebih selesa dengan tubuh yang besar. 2. Naik tangga tingkat satu pun dah mengah dan tak boleh bercakap sebab kekurangan nafas. Ini satu tanda yang amat merbahaya. Tubuh yang sepatutnya mampu berfungsi dengan baik terjejas kerana berat badan. Beban tubuh, jantung sepatutnya berfungsi secara normal tapi dengan tubuh yang besar kemampuan organ badan menjadi terhad. 3. Berdengkur semasa tidur. Cuba tanya pasangan kalian, kalau kalian dah mula berdengkur ini bermakna kualiti kehidupan kalian makin merosot. Berdengkur merupakan satu tanda kalian mungkin menghadapi masalah tekanan darah tinggi. 4. Selera makan kalian makin besar dan dengan makan sepertimana biasa kalian makan tidak mencukupi. Ini salah satu perubahan y

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama