Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita

 Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita


Saya pernah percaya saya adalah insan yang ditakdirkan untuk gemuk sepanjang hidup saya, malah saya yakin saya akan gemuk sampai saya mati. Saya yakin ramai yang punya kepercayaan seperti saya. Anda pun sama. 



Kegagalan kita mencapai impian kita banyak bergantung kepada kepercayaan kita. Perkataan Limiting Belief atau mengehadkan kepercayaan diri kita sangat besar impaknya kepada tindakan dan hasil yang kita perolehi.


Sebenarnya limiting belief berlaku secara tersusun, sebab itu untuk memecahkan temboknya amat susah. Bagaimana limiting belief ini berlaku. Dalam penurunan berat badan sebagai contoh, kita akan percaya kita tak mampu setelah kita mencuba beberapa kali tapi gagal. Percubaan demi percubaan untuk keluar dari obesiti dan gagal menanam satu kepercayaan yang kuat bahawa kita memang di takdirkan untuk gemuk sampai bila bila.


Dalam situasi kita tidak percayakan diri kita pelbagai alasan akan terbina, salah satu yang paling bahaya ialah apabila kita percaya ianya diluar kawalan kita.


Kita gemuk disebabkan takdir, 

ALLAH sudah tentukan kita gemuk.

Mak dan ayah kita gemuk maka kita pun gemuk.

Tulang kita besar.


Inilah kepercayaan yang saya ada dan yakini dahulunya. Tapi hari ini saya mampu berbangga dengan pencapaian peribadi saya untuk hilang 65kg dalam masa setahun dan dapat title kurus atau normal setelah gemuk sepanjang 30tahun dalam hidup saya. 




Bagaimana nak pecahkan tembok kepercayaan yang kita tidak mampu.


1. Penjelasan - Kita terlebih dahulu kena jelas dengan diri kita apa sebenarnya kemahuan kita. 


2. Penegasan - Setelah kita tahu apa yang sebenarnya kita mahu, buat pelan tindakan dan pada masa yang sama sentiasa buat penegasan pada diri yang kita mampu untuk berubah. 


3. Fakta - Kepercayaan baru mudah terbina dengan sesuatu yang berfakta. fakta yang jelas jika kalian ingin turunkan berat badan adalah beribu insan lain telah berjaya termasuk saya, jika saya mampu kenapa tidak kalian? Fakta juga merujuk kepada pencarian ilmu yang betul dalam mencapai matlamat kalian, dalam hal ini meniru mereka yang dah berjaya adalah jalan yang paling tepat.



Kita adalah ciptaan yang paling hebat, satu satunya makhluk yang punya akal dan diberi peluang untuk memilih. Setiap masa kita diberi peluang untuk memilih, malah sebelum kita memilih kita ada keupayaan untuk menilai baik buruk pilihan kita. Jadi bijaklah dalam memilih dan pilihlah dengan satu kepercayaan yang terbaik untuk kehidupan kalian. 


Jom Join Misi Ubah dan dapatkan bimbingan serta group support dalam Misi Ubah. 

Jom Join Circle Misi ubah

Runtuhkan tembok kepercayaan karut yang membatasi kemampuan sebenar kita. Secara perlahan-lahan. BERTINDAK adalah JENTERA yang memusnahkan tembok tersebut. Maka bertindaklah sekarang!


Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7