Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS

 

NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS

Adoi, ada kena mengena ke ikhlas dengan nak kurus? Baca dan anda akan faham.

Hari ni saya nak ulas bab ni. Supaya usaha kalian membuahkan hasil. Supaya kalian mampu keluar dari obesiti sepertimana saya telah berjaya. 


Percayalah kalian akan benar benar dapat keluar dari berat badan sekarang ke BMI Normal jika kalian IKHLAS dalam usaha menurunkan berat badan.


Ok, jom kita ulas apa maksud ikhlas terlebih dahulu. IKHLAS membawa maksud kita memberi atau melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Kalau kita bagi sedekah, kita tak harap orang tu balas dengan apa apa. 


Seperti juga dengan nak kurus. Tugas kalian adalah ikhlas dengan proses penurunan berat badan. Kalian dah tahu asas menurunkan berat badan yakni jaga makan dan aktifkan diri. 


Jadi, tugas kalian adalah lakukan perubahan tersebut tanpa mengharapkan keputusannya! Pelikkan? Ya agak pelik tapi ini realiti!


Cuba ingat kembali kenapa kalian gagal dalam percubaan terakhir kalian nak kurus? Sebab kalian putus asa dan kembali dengan cara kalian membesarkan diri. Makan sesuka hati dan malas nak beraktiviti. 



Putus asa ini bukan tiba tiba! Ianya hadir dari pengharapan kalian yang tidak dipenuhi. Kalian berkira kira dengan usaha kalian. Bila kalian jaga makan, kalian aktif, kalian naik penimbang. Bila penimbang tunjuk hanya turun 200g kalian mula muncung dan sedih! Kalian harap balasan dari usaha kalian. Usaha yang sebenarnya belum cukup.


Tidakkah kita hanya layak atas apa yang kita berhak keatasnya. Mana mungkin kita boleh jadi bos di pejabat kalau kita hanya ada kelulusan sebagai kerani. 


Disinilah ikhlas memainkan peranan. Kalian hanya perlu lakukan apa yang perlu. Dan percayalah! Jika kalian lakukan dan benar benar lakukan! Keputusan akan hadir dengan amat mengembirakan.Itulah yang berlaku kepada saya. 



Ikhlas akan melahirkan SABAR. Dengan sabar kalian akan berjaya melaksanakan apa sahaja hajat dan kehendak kalian, InsyaAllah. 


Jadi apa tugas kalian sebenarnya? Jawab dengan kuat! Apa tugas kalian?????!!!!!!


Ya! IKHLAS!




Saya jemput kalian yang dah cuba macam-macam nak turunkan berat badan tapi masih stuck, gagal dan putus asa bersama dapat Bimbingan saya dan team di Misi Ubah. 

Dapatkan Bimbingan minima setahun dan jadi seperti mereka yang telah berjaya dalam Misi Ubah.




Detail Misi Ubah klik di
Bawah






Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7