Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

5 Tips Mengatasi Sikap Tangguh

5 Tips Mengatasi Sikap Tangguh




1. Usah Bebankan Diri Dengan Overthinking

Sikap bertangguh sering disebabkan oleh berfikir secara melampau. Bila nak mulakan usaha yang baik untuk turunkan berat badan mulalah fikir hal teknikal diet, nak kena ada ilmu yang tinggi tentang makanan dan aktiviti senaman apa. Ini satu kesilapan paling buruk. 

Nak diet jea mula kena google cari ilmu diet apa kena buat, masa cari terjumpa iklan ubat kurus. Terus percaya dan beli. Kenapa hal ni berlaku? Kerana cari maklumat yang tak sepatutnya. Nak mulakan usaha nak kurus, tak perlu ilmu khusus dan pelik pun. 

2. Mudahkan Urusan

Jangan kompleksitikan urusan. Ringkaskan langkah-langkah dan tumpukan perhatian kepada tugas yang paling penting. Ini akan membantu mengurangkan beban dan meningkatkan produktiviti. Sesimple itu jea sebenarnya. 

Contohnya, tumpu dulu kepada baiki tabiat pemakanan yang menggemukkan. Permudahkan! Bukan perlu tahu diet apa kena buat, bukan perlu ada app kira kalori, bukan perlu beli supplemen dulu. Yang mana kena habiskan duit dan masa nak kaji yang mana lebih bagus untuk turunkan berat badan. 

Just mulakan? Bagaimana nak mula? Saya ada sediakan 7 perkara dan 3 prinsip untuk dapat BMI normal tanpa belajar diet atau kena subscribe kelas zumba atau gym. Detailnya saya letakkan diakhir artikel ini. 

3. Fahami Kaitan Masa dan Hasil

Kesedaran akan hubungan antara menggunakan masa dan hasil yang diperoleh adalah penting. 

Bulan 1, 2023 kalian dah azam nak kurus. Macam tahun-tahun yang lepas. Ambillah contoh simple dan munasabah kalian bermula pada tarikh itu dan kalian berjaya turun 1kg sebulan. Sekarang sepatutnya terkumpul 10kg berat badan kalian yang dah turun. 

Itu usaha paling sedikit dan tak buat dengan langkah yang betul. Kalau guna prinsip saya hilang 65kg, kalian mungkin minima boleh turun 3kg sebulan, sepatutnya kalian dah berjaya turunkan 30kg pada hari ini. 

Tapi angka memang sedap tengok. Hakikatnya kalian tangguh dan tangguh. Yang patut turun tak turun. Malah naik. Betul tak? 

Tangguhlah lagi usaha tu. Azam pula pada 1,2024. Tengok apa jadi pada november 2024. Apa akan jadi kalau kalian masih tangguh. 

4. Fahami Hakikat Kehidupan

Tiada sesuatu yang baik dan hebat itu berlaku dengan mudah. Nak berjaya kena ada pengorbanan. Dan pengorbanan adalah wajib bukan optional! 

Kalian nak kurus, nak turunkan berat badan, nak keluar dari obesiti, nak sihat. Kalian kena berusha. Kalian tangguh selama ni sebab kalian tak sanggup berhadapan dengan realiti ini. 

Nak kurus kena korbankan cara makan sekarang. Makan ikut suka, apapun, banyak mana pun dan pada bila masa pun. Sayang nak tinggalkan hatta minuman manis. 

Nak kurus kena korbankan benda yang kita selesa. Balik kerja lepak kedai mamak, balik kerja rehat dulu layan tiktok, lebih disukai berbanding sarung kasut untuk briswalking 30 minit sehari. Ini hakikat.

Nak senang dan mudah. Buat anda bertangguh! Berubahlah. 

5. Elakkan Mencari Kesempurnaan

Kena ada ilmu dulu, kena ada alatan sukan dulu, kena ada kawan dulu, kena ada kasut dulu, kena ada oat dulu, kena ada roti wholemeal dulu, kena ada suplemen dulu, sebelum bermula.

Ini juga asbab ramai bertangguh.

Kesimpulan

5 perkara yang saya senaraikan diatas merupakan sesuatu yang harus kalian tanamkan dalam mentaliti kalian. 

Bersedia dan lakukan perubahan kecil dan mudah, jangkakan ianya mencabar dan hadapinya sedikit demi sedikit adalah cara kalian mampu berubah mengubah tubuh kalian dari gemuk ke kurus. 

7 Perkara dan 3 Prinsip Keluar dari Obesiti adalah satu sistem yang saya perkenalkan melalui pengalaman sendiri turun 65kg tanpa sebarang ilmu diet yang kompleks dan juga pengalaman saya bimbing ramai individu keluar dari obesiti 


Jika kalian ingin mengetahui tentang sistem ini boleh dapatkan detail di - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula

5 Tips Mengatasi Sikap Tangguh



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7