ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
PENURUNAN 10KG DALAM MASA SEBULAN. LOGIK ATAU MITOS. Penurunan berat badan adalah sesuatu yang ramai dikalangan kita impikan. Malah impian kita sangat besar sehinggakan kalau boleh nak penurunan berlaku dengan banyak dalam masa yang singkat. Malah kerana impian nak banyak penurunan berlakulah sebenarnya punca utama proses itu gagal. Mitos atau logik nak buat 10kg dalam masa sebulan? Sebenarnya ianya boleh berlaku. Penurunan saya pada bulan pertama pada 2017 dulu pun 10kg. Malah pada bulan januari 2020 peserta Cabaran Turun berat badan Jom Mula Siri 1 berjaya turunkan 10kg selama sebulan. Bukan seorang tapi Empat orang yang buat penurunan dari 9.4kg hingga 10.5kg. Tapi adakah ini satu tanda aras semua orang mampu buat 10kg penurunan sebulan? Jawapannya ada 2. Sila baca dan faham yer. 1. Penurunan 10kg berlaku biasanya pada induvidu yang baru bermula proses turunkan berat badan. Meraka yang baru bermula fasa 1 amat mudah turun sebanyak 10kg, malah ada yang lebih. Ini bergantung pada bera...