ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
Kenapa Malas bersenam dan 6 Tips untuk mengatasinya.
Bersenam, sesuatu yang tampak hebat dan banyak kebaikan. Semua orang tahu termasuk kaliankan. Bukan sahaja untuk menurunkan berat badan, tapi banyak perkara lain dan yang palin utama adalah bersenam dapat memberi kesihatan yang baik kepada tubuh, minda dan seterusnya kehidupan kita.
Malah penemuan sains membuktikan dengan bersenam kita boleh bahagia, hormon endorphins yang akan membuatkan kita berasa hebat, bahagia dan sangat positif. Sains membuktikannya, malah kaitan hormon dengan senaman sangat banyak dan kesemuanya amat membantu kalian jadi insan yang hebat.
Walaupun dengan semua kebaikan diatas, senaman bila nak dibuat adalah sesuatu yang amat berat. Tak seindah kebaikan yang dijanjikan. Saya juga alami perkara yang sama. setiap kali nak bersenam MALAS akan membesar dalam diri, menguasai diri sehinggakan kita selalu kalah. Betul tak?
Begitulah lumrah dunia dan aturan kehidupan, sesuatu yang baik perlukan pengorbanan. Dan untuk bersenam kita korbankan keselesaan diri dengan berselesa duduk saja saja tengok tv, layan facebook dan instagram.
Hari ni saya cuba ulaskan kenapa kita gagal lawan kemalasan kita #beatthemalas dan bagaimana untuk berjaya melawannya.
KENAPA KITA GAGAL LAWAN MALAS.
- Sebagai induvidu yang obesiti selama 30tahun saya tahu perkara ini dengan jelas. Kalian pun mungkin dah tahu. Kita selalu berazam nak bersenam, setiap masa tapi kenapa kita gagal? jawapannya adalah kita rasa masih ada masa esok, minggu, bulan malah tahun depan.
- Kita yakin diri kita akan berubah untuk bersenam demi kesihatan tapi bukan sekarang, nanti-nantilah, itu yang kita percaya. Penangguhan ini berlarutan dari hari demi hari sehinggalah bertahun tahun.
- Dalam masa penangguhan yang berlaku, hari demi hari kita makin membesar dan sekaligus kesihatan semakin merosot malah risiko penyakit semakin besar.
JAWAPANNYA KITA SELALU TANGGUH SEBAB KITA BERADA DI ZON SELESA.
BAGAIMANA NAK ATASI MALAS BERSENAM NI? Saya kongsikan cara yang saya buat secara terperici. 10 caranya adalah
1. Buat 10 dulu. - 10 kali tekan tubi, lompat bintang, squat dan hanya 10 kali sahaja. Mula dengan nilai yang kecik, jangan terus bebankan diri yang malas dengan aim nak terus buat 100 kali tapi akhirnya buat hanya sehari sahaja.
2. Berjalan. Ramai yang tak tahu berjalan adalah satu senaman yang baik untuk membakar kalori. Sebab itu saranan saya untuk mereka yang obesiti berjalan dulu 5000 langkah sehari tiap tiap hari dan naikkan jumlah langkah sedikit demi sedikit. Guna jam miband untuk merekod langkah kalian akan memberi kalian semangat. Kalau kalian serius nak bersemangat boleh dapatkan jam smart watch di link ini https://shp.ee/dyn8uup
3. Buat hanya di rumah. - Jangan bebankan diri kalian dengan rutin baru yang memerlukan kalian ke taman atau membayar duit untuk ke gym. Mula dengan dirumah sahaja. Banyak senaman yang boleh dibuat dari rumah menggunakan peralatan rumah sahaja. contohnya di sini - https://youtu.be/pXnefDtNhQI
4. Santai dan jangan tertekan dengan berapa lama dan kualiti senaman kalian. - kalian baru nak bermula, bagi masa, buat sedikit tapi sentiasa itu lebih baik dari buat banyak tapi hanya sekali sahaja. Logikkan, semua orang tahu fakta ni. So jangan nilai diri kalian dengan orang lain.
5. Lakukan perkara yang menyeronokkan. - pilih sesuatu yang kalian minat, buat bersama orang yang tersayang, tak kiralah apa aktiviti tersebut asalkan kalian banyak bergerak. Sebagai contoh menari bersama anak anak sambil dengar lagu hindustan.
6. Sertai Group Jom Mula di Facebook. - Kalian perlukan dorongan dan sokongan pada masa awal awal begini. Di Jom Mula kami tak menilai berapa banyak kalian buat, di sana ahlinya akan menyokong keputusan kalian untuk bermula untuk jaga kesihatan dan turunkan berat badan. Kalian akan dapati ramai induvidu yang punya matlamat yang sama seperti kalian dan ini amat membantu kerana kita akan saling mendorong sesama kita.
Buatlah keputusan untuk bermula dan jangan tangguh lagi. Usah fikir esok esok yang akhirnya jadi bertahun. Kerana yang tepatnya waktu untuk kalian bermula adalah sekarang dan jangan menyesali jika esok esok itu adalah hari kalian terima berita buruk tentang kesihatan kalian.

Jom dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/

Ulasan
Catat Ulasan