Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

4 tanda usaha penurunan berat badan kalian akan berjaya

4 tanda usaha penurunan berat badan kalian akan berjaya Dengan pengalaman sendiri dan pengalaman membimbing mereka yang ingin menurunkan berat badan saya dapati ada satu corak kesamaan kepada mereka yang berjaya turunkan berat badan. Mereka yang saya bimbing ada yang telah berjaya turun 50kg dan masih dalam usaha menurunkan berat badan mereka ke BMI mereka yang normal. Pemerhatian saya juga kepada mereka yang mempunyai keinginan tapi tiada perubahan yang berlaku, malah kategori ini lebih ramai. Mereka hanya cakap nak berubah, tapi hakikatnya mereka masih kalah dengan tuntutan diri yang lama. Mereka tidak mahu lakukan perubahan. Mari kita kenali, apa tandanya kalian akan berjaya dapat BMI normal dalam usaha kalian. 1. Tidur awal - jika kalian dah mampu mengawal kehendak kalian terhadap gadget seperti telifon, games dan televisyen, ini adalah antara petanda paling besar kalian sedang berjaya dalam usaha menurunkan berat badan kalian. 2. Bangun awal - alarm hanya berbunyi sekali atau sebe...

Apa Senaman yang saya buat sebelum berbuka puasa

Mengikut kajian Tabata 4 minit bersamaan jogging selama 45 minit. Maka dengan ini alasan tiada masa untuk workout tidak valid sama sekali. Ambil masa 4 minit sahaja sebelum berbuka. Insyaallah dapat memberi impak kesihatan dan penurunan berat badan. Selamat berbuka puasa semua.

Antara Gadget yang pertama saya beli

Benda pertama yang saya beli untuk kekal bersemangat turunkan berat badan adalah Miband. Kenapa saya beli pada mulanya adalah untuk memantau denyutan jantung saya semasa bersenam atau bersukan. Saya beli miband2 sebelum saya bermain badminton. Masa saya beritahu hasrat saya nak berbadminton saya telah ajak ramai kawan kawan, hampir 90% daripada mereka tak berani nak main badminton kerana risau kena serangan jantung. Masa tu kebetulan ada seorang adun yang meninggal dunia semasa bermain badminton. Kawan kawan saya yang juga senasib saya pada masa tu, dengan berat badan yang berlebihan serta ada masalah tekanan darah tinggi menolak untuk main bersama. Jadi saya agak risau dengan kerunsingan mereka. Ada betulnya, badminton sukan yang agak agresif, dan biasanya dewan dewan yang ada di sekitar kami tidak memiliki sistem pengudaraan yang baik. Jadi saya fikir saya kena berhati hati, maka saya terfikir bagaimana nak atasi masalah tersebut. Saya kena pantau kadar denyutan jantung saya. Jadi sa...

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b...

Makanan yang baik untuk sahur.

Makanan yang baik untuk sahur. Sahur adalah satu rutin yang kita akan buat semasa kita berpuasa di bulan ramadan. kebanyakan kita akan mula bersahur jam 3pagi sehingga jam 5pagi. Satu masa yang kebiasaannya kita tidak makan. Semasa sahur disamping mengambil pahala sunat kita juga mahu memberi tenaga kepada tubuh untuk bertahan selama 14 jam berpuasa tanpa makanan dan minuman. Jadi pemilihan makanan yang tepat semasa sahur adalah penting bagi mengekalkan tenaga dan menurunkan berat badan. Pemilihan makanan semasa sahur perlulah berkualiti. Ianya bukan hanya harus mengenyangkan tapi dapat membantu kalian turunkan berat badan juga. Bagaimana nak makan sahur dengan kuantiti yang banyak bagi memberi ketahanan lapar selama 14 jam dan juga dapat manfaat turunkan berat badan? Semasa kecil dulu saya ingat bila bersahur saja akan makan nasi dengan banyak, ianya supaya saya dapat kenyang sampai ke petang. Padahal cara itu salah. Ianya bukan berapa banyak kita makan, tapi kualiti pemakanan kita. J...

3 Cara ubah minda untuk berjaya turunkan berat badan

3 Cara ubah minda untuk berjaya turunkan berat badan Saya pernah percaya saya adalah insan yang ditakdirkan untuk gemuk sepanjang hidup saya, malah saya yakin saya akan gemuk sampai saya mati. Saya yakin ramai yang punya kepercayaan seperti saya. Anda pun sama. Kegagalan kita mencapai impian kita banyak bergantung kepada kepercayaan kita. Perkataan Limiting Belief atau mengehadkan kepercayaan diri kita sangat besar impaknya kepada tindakan dan hasil yang kita perolehi. Sebenarnya limiting belief berlaku secara tersusun, sebab itu untuk memecahkan temboknya amat susah. Bagaimana limiting belief ini berlaku. Dalam penurunan berat badan sebagai contoh, kita akan percaya kita tak mampu setelah kita mencuba beberapa kali tapi gagal. Percubaan demi percubaan untuk keluar dari obesiti dan gagal menanam satu kepercayaan yang kuat bahawa kita memang di takdirkan untuk gemuk sampai bila bila. Dalam situasi kita tidak percayakan diri kita pelbagai alasan akan terbina, salah satu yang paling bahay...

KENALI 4 HORMON UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

KENALI 4 HORMON UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. INSULIN Ianya adalah hormon yang ditugaskan menukar (gula) glukosa dari sumber karbohidrat sebagai tenaga. Tenaga yang ditukar oleh insulin inilah yang digunakan tubuh untuk berfungsi dan melakukan segala aktiviti. Masalahnya, pengambilan karbohidrat yang tinggi biasanya yang membekalkan tenaga yang banyak tidak digunakan dan akhirnya disimpan sebagai lemak dalam tubuh kita. Tugas insulin sangat penting dan jika ia tidak berfungsi dengan baik, kita akan mengalami penyakit diabetes. Tips untuk mengoptimumkan hormon insulin. - kurangkan pengambilan gula putih dalam minuman dan kawal juga pengambilan karbohidrat. Disebabkan itu jika kalian perasan bila kalian berhenti minum air manis dan kurangkan pengambilan nasi proses penurunan berat badan mudah berlaku. Dan inilah juga pengalaman saya sendiri dalam mencapai berat badan sekarang. LEPTIN Hormon yang dikatakan ketua segala hormon bagi menurunkan berat badan. Leptin adalah hormon yang dihasilkan...

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama